Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ladang TH Dijual, Hotel...

KUALA LUMPUR - Pemindahan milik bangunan hotel-hotel kepada syarikat lain sepatutnya bukan alasan...

Pemain MU, Michael Carrick...

SAHIH... Michael Carrick mengesahkan beliau akan bersara sebagai pemain bola sepak pada musim...

10 Fakta Menarik Pemain...

Tahukah anda, di kalangan para gadis yang menonton final pertama Malaysia lawan Thailand...

Abdul Rashid Dedah DAP...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul...

Rosmah Lawat Pusat Konservatori Muzik Di China

BEIJING – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat pusat konservatori muzik yang terkenal, ‘Central Conservatory of Music Middle School’ di sini yang melahirkan ramai pemuzik China yang masyhur.

Ditubuhkan pada 1957, ia adalah sekolah muzik yang utama di China, menyediakan pemuzik berbakat untuk mewakili negara itu ke luar negara dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Antaranya adalah Guo Chang, Lu Siqing, Huang Bin dan Lang Lang, yang berjaya menggondol pelbagai anugerah dan kejuaraan dalam beberapa kejohanan muzik peringkat antarabangsa yang utama.

Rosmah, yang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi enam hari ke China, pada Rabu mengadakan lawatan ke sekolah itu yang mempunyai 900 pelajar berusia lingkungan sembilan hingga 16 tahun, iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Ketibaan beliau disambut Presiden Pusat Konservatori Muzik Prof Yu Peng, pengetuanya, Prof Na Mula dan pegawai kanan sekolah.

Beliau diiringi oleh Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad, isteri kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Datin Norazlina Tan Sri Awang Had, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Turut hadir isteri Menteri Besar Terengganu, Halina Zakaria; isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Fadilah Abdullah dan isteri kepada Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datin Enn Ong Siok Ean.


Mula, yang memberi taklimat ringkas mengenai sekolah itu mengiringi Rosmah, yang juga Penaung Permata Negara, melawat sekolah berasrama penuh itu yang menawarkan pengajian akademik dan latihan muzik.

Orkestra Tradisional dan Simfoni sekolah itu turut menyajikan persembahan istimewa selama setengah jam yang turut menyelitkan lagu Melayu, ‘Rasa Sayang’.

Sekolah itu mempunyai lima orkestra simfoni dan satu kumpulan koir dan mengajar instrumen muzik barat dan China, selain mengadakan program pertukaran dengan sekolah muzik luar negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori