Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TLDM Komited Bantu Urus...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan...

Mintak Kerja Jadi Pembantu,...

NAMA Upiak Isil mula dikenali pada bulan lalu selepas lagu Tak Tun Tuang...

Kerana Nafsu Gilanya, Seorang...

Dek kerana tidak dapat menahan nafsu, seorang lelaki sanggup berbogel dan merogol seekor...

Petani Dilarang Bakar Sekam...

KANGAR - Larangan membakar sekam masih dikuatkuasakan manakala pembakaran jerami padi dibenarkan selagi...

Sami Buddha Songlap Duit Diberi Tempoh Serah Diri

BANGKOK – Sami kontroversi, Phra Dhammachayo diberi tempoh sehingga 30 November ini untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi menghadapi pelbagai tuduhan jenayah komersial.

Polis Diraja Thailand malah memberi amaran keras akan melancarkan operasi khas untuk menangkap tokoh Buddha itu di kuilnya jika dia masih lagi gagal berbuat demikian.

Pihak berkuasa juga berusaha untuk mengesahkan sama ada sami Kuil Wat Phra Dhammachayo itu masih berada di kuil itu walaupun sami lain berkata, dia masih di situ untuk menjalani rawatan perubatan.

Timbalan Ketua Polis Thai, Srivara Ransibramanakul berkata, usaha sedang dilakukan untuk memujuk Phra agar tampil secara sukarela menyerah diri bagi menjawab tuduhan terhadapnya.

Pihak berkuasa sudah berhubung dengan jawatan kuasa kuil yang terletak di Pathum Thani, kira-kira 50 kilometer ke utara Bangkok itu supaya mengatur proses penyerahan dirinya.

Srivara yakin Phra akan menyerah diri untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

Pejabat Peguam Negara Thailand mengumumkan keputusan untuk mendakwa Phra dan empat yang lain Rabu lalu atas beberapa tuduhan, termasuk pengubahan wang haram.

Jurucakap Phra, Ong-art Dhammanitta berkata, sami itu dipercayai masih bersembunyi di kuil berkenaan dan tidak memiliki pasport.


Dia berkata demikian bagi mengulas khabar angin kononnya Phra sudah berjaya melarikan diri ke Australia.

Ketika ditanya sama ada pengikutnya akan membentuk ‘rantai’ manusia untuk menghalang penangkapan Phra, Ong-art berkata, ia bergantung kepada keadaan.

“Mereka mungkin berbuat demikian jika diprovokasi,” katanya.

Dalam pada itu, Srivara juga berusaha menjejaki Phra sebelum dapat memohon waran geledah kuil itu.

Menurutnya, pihaknya sudah bersedia menyediakan tenaga sokongan untuk membantu Jabatan Siasatan Khas menangkap Phra. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori