Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Tentera Maut, Motosikal...

SERIAN - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama sepupunya dilanggar...

Seri Paduka Berkenan Berangkat...

LANGKAWI – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Kes FIC: Bekas Bos...

PUTRAJAYA - Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip direman...

‘Sesumpah’ Uber / Grab:...

 PETALING JAYA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Sandiaga Janji Berenang Di Pulau Seribu Berkempen

JAKARTA – Pilihan raya bagi memilih gabenor Jakarta semakin hangat dengan calon masing-masing menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi.

Terbaru calon naib presiden Jakarta, Sandiaga Uno berjanji untuk berenang ke Kepulauan Seribu sebagai simbolik kurangnya pengangkutan awam ke lokasi berkenaan.

Sandiaga yang bergandingan dengan calon gabenor, Anies Baswedan berjanji untuk melakukan misi itu dalam tempoh 90 hari akan datang.

“Insya-Allah, dalam tempoh 90 hari kami akan ke sana (Kepulauan Seribu). Saya akan berenang ke sana,” katanya yang dipetik portal Detiknews, semalam.

Kepulauan Seribu adalah gugusan beberapa pulau kecil yang terletak di utara Jakarta dan perjalanan menaiki bot ke pulau terhampir mengambil masa kira-kira 20 minit.


Sandiaga berkata, dia bakal berkunjung ke kepulauan berkenaan tanpa ditemani Anies.

Katanya, dia berjanji untuk menambah baik pengangkutan ke kepulauan berkenaan yang terkenal sebagai antara lokasi pelancongan popular. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori