Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JPJ Laksana Tender Nombor...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem tender dalam talian (e-bidding)...

Video: Wanita Mengamuk Serang...

RAKAMAN video seorang wanita mengamuk mencederakan seorang pengawal keselamatan wanita berbangsa India tersebar...

FAM Ambil Tindakan Insiden...

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor...

“Saya Tentukan Bila Hendak...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam ini, sebulat suara bersetuju...

“Saya Bukan Robot,” Bieber Tinggal Konsert Separuh Jalan

BINTANG pop, Justin Bieber secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pentas di tengah-tengah konsertnya baru-baru ini, mengejutkan para peminat beliau.

Menurut laporan Reuters, perbuatan Bieber itu disebabkan perasaan kecewa dan bukan marah kerana para peminatnya yang terjerit-jerit menjadikannya sukar untuk mereka berkomunikasi.

Bieber, secara tiba-tiba menjatuhkan mikrofon beliau dan berlalu pergi setelah puas merayu meminta peminatnya supaya berhenti menjerit-jerit antara setiap lagu yang disampaikan semasa konsert yang diadakan pada 23 Oktober di Manchester, England.

“Ada masanya anda akan tahu, saya tersilap kata kerana saya hanyalah manusia biasa dan saya tidak tahu berpura-pura menjadi sempurna. Saya bukan robot,” penyanyi berusia 22 tahun itu memberitahu para peminatnya di Glasgow.

“Akan ada masa saya berasa terganggu, ada juga masa saya marah dan ada masa saya kecewa, tetapi saya sentiasa menjadi diri saya sendiri apabila di atas pentas. Apa yang saya lakukan hanyalah kerana saya mahu anda mendengar; dengar apa yang saya ingin katakan,” luah Bieber, juga di laman media sosial beliau. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori