Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banglo 2 Tingkat Musnah...

KUCHING - Sebuah banglo dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di Jalan Hashim...

2 Lagi Jadi Mangsa...

KUCHING – Polis menerima dua laporan berkaitan penipuan ‘Macau Scam’ semalam, membabitkan seorang...

Ganti Bapa, Nurul Izzah...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengakui bersedia untuk...

4 Pekerja Lombong Selamat...

HONG KONG - Empat pekerja yang terperangkap selama 36 hari akibat runtuhan lombong...

Uqasha Gembira Pengikut Bertambah Lepas Buka Tudung

PELAKON yang memutuskan untuk tidak lagi berhijab, Uqasha Senrose melihat keputusannya meninggalkan hijab memberikan reaksi ‘positif’ di dalam karier seninya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 25, kini gembira setelah pengikut di laman Instagramnya meningkat kepada dua juta orang, berbanding 1.2 juta sebelum ini.

“Saya gembira sekarang saya menjadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak.

“Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya) tetapi ikut. Sekarang dah sampai dua juta, dulu 1.2 juta saja,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail ketika malam Anugerah Skrin 2016, Jumaat lalu.

Terdahulu, pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ dikritik kerana keputusannya membuka tudung selepas setahun menggayakan imej wanita berhijab.

Malah ada segelintir netizen yang beranganggap keputusannya untuk bertudung juga disebabkan oleh trend dan bukan kerana kewajipan sebagai seorang muslimah.


“Dulu saya tutup ruang komen sekejap sebab tidak tahan dengan mulut haters. Jadi, sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa. Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca.

“Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori