Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bakal Umum Kelonggaran...

SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna...

JPJ Cekup 2 Warga...

KUALA LUMPUR - Risikan yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengejutkan pihak...

Tyra Banks Dipelawa Jadi...

SUPERMODEL Tyra Banks dilapor bakal memberi syarahan di salah sebuah universiti terkemuka Amerika...

Kerana Anak Patung, Kanak-Kanak...

KANAK-KANAK ini kecewa kerana gagal mendapatkan anak patung dari mesin arked lalu dia...

SC Umum 6 Platform Pembiayaan P2P Untuk PKS

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan enam pengendali platform pembiayaan kewangan antara rakan dan rakan (P2P) berdaftar di Malaysia untuk meluaskan saluran pembiayaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Enam pengendali itu ialah B2B FinPAL, Kapital, FundedByMe Malaysia, ManagePay Services, Modalku Ventures dan Peoplender – dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2017, kata Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

“Ini menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ASEAN yang mengawal selia pembiayaan P2P,” katanya pada Persidangan Kewangan Digital 2016 di sini hari ini.

Beliau berkata SC juga merupakan pentadbir pertama yang menyediakan rangka kerja terkawal bagi pendanaan ekuiti ramai (crowdfunding) (ECF) pada 2015.

Sehingga Oktober 2016, 11 PKS Malaysia telah mengumpul RM8 juta melalui enam platform ECF.

SC memperkenalkan ECF pada 2015 untuk menyediakan pembiayaan peringkat awal untuk usahawan syarikat permulaan manakala rangka kerja pembiayaan P2P, yang diperkenalkan pada April tahun ini, bertujuan menangani keperluan pembiayaan PKS bagi meningkatkan modal kerja untuk pertumbuhan.


“Agenda digital SC bertujuan mencapai empat objektif utama iaitu untuk meningkatkan akses pembiayaan, meningkatkan penyertaan pelabur, memperluaskan pasaran institusi dan membangunkan ekosistem yang sinergi.

“Pembiayaan berasaskan pasaran termasuk P2P dan ECF akan membantu meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk usahawan dan perniagaan PKS di Malaysia,” kata Ranjit.

Bagi memenuhi keperluan pelaburan generasi digital baharu dan meningkatkan penyertaan pelabur, SC juga akan memperkenalkan Rangka Kerja Pelaburan Digital pada 2017.

“Ini akan membolehkan pemegang lesen yang diluluskan untuk menawarkan pengurusan portfolio secara automotik mengikut budi bicara, yang lebih berkesan dari segi kos, dan merupakan saluran mudah diakses dan selesa kepada pelabur untuk mengurus dan mengembangkan kekayaan mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori