Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bulan Ramadan Untuk Persiap...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat...

Keriangan Kanak-Kanak Ini Nyaris...

KERIANGAN seorang kanak-kanak nyaris bertukar menjadi tragedi apabila ditarik secara tiba-tiba oleh seekor anjing...

Mekanik Dijumpai Tak Bernyawa...

KOTA TINGGI - Seorang mekanik ditemui terbaring tidak bernyawa di Jalan Sawi 4,...

Dun Sabah: Nurul Izzah,...

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul...

Sedih Negara Islam ‘Bisu’ Keganasan Terhadap Rohingnya

KANGAR – Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin kesal dan amat sedih apabila negara-negara Islam membisu tentang keganasan dilakukan terhadap umat Islam di Arakan, Myanmar.

Katanya, keadaan di negara itu semakin teruk apabila golongan wanita dan gadis dirogol sementara lelaki dan kanak-kanak dibunuh setiap hari tanpa mengenal perikemanusiaan.

Beliau turut mempersoalkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terhadap isu kesengsaraan yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar termasuk kuasa-kuasa besar lain yang sering melaungkan keamanan sejagat.

“Umat Islam di negara itu cuba dihapuskan secara kejam iaitu dibunuh dan kediaman mereka dibakar setiap hari,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau berkata jika orang bukan Islam dianiaya sedemikian, masyarakat di seluruh dunia termasuk umat Islam pasti membantah, inikan pula apabila sesama Islam yang menjadi mangsa.


Jika ada laungan simpati terhadap kekejaman itu yang kedengaran ketika ini, ia hanya di peringkat badan-badan bukan kerajaan (NGO) sahaja.

Sehubungan itu, Mohd Asri berkata pihaknya telah mengedar surat kepada semua masjid di negeri ini meminta diadakan qunut nazilah setiap kali selepas solat fardu memohon diselamatkan umat Islam di Myanmar daripada kekejaman tentera di negara tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori