Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Penguatkuasa MBSA Ditahan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis...

Serangan Kimia: AS Sedia...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan Russia dilaporkan berbalah berhubung isu Syria selepas...

2 Kanak-Kanak Dipercayai Didera...

SELAMA - Seorang wanitaĀ dan dua anaknya ditahanĀ padaĀ Isnin lepas kerana dipercayaiĀ mendera dua anakĀ angkatnyaĀ berumurĀ lima dan...

TPPA: Malaysia Dijangka Terima...

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka menerima pelaburan tambahan lebih AS$100 bilion (RM440 bilion)...

Segelintir Belia Masih Berminat Ke Syria – Ayob Khan

BANGI – Masih terdapat segelintir belia Malaysia yang terpengaruh dengan kumpulan pengganas serta berminat untuk ke Syria biarpun sudah ramai yang ditangkap dan dikenakan hukuman penjara kebelakangan ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bagaimanapun tidak ada profiling tertentu di kalangan mereka yang ditangkap terlibat dalam aktiviti keganasan di Malaysia.

Katanya antara yang ditangkap adalah anggota polis, anggota tentera termasuk komando, penjawat awam berjawatan ketua penolong pengarah, imam masjid, pelajar dan pensyarah universiti serta pelayan pelanggan (GRO).

“Tidak ada tanda-tanda ancaman Daesh akan reda di Malaysia buat masa ini dan ia akan berkembang menjadi ancaman ideologi dalam tempoh jangka panjang.

“Semua negeri pernah mencatatkan kes tangkapan berkaitan aktiviti Daesh, ini bermakna tidak ada negeri di Malaysia yang bebas daripada ancaman pengaruh kumpulan pengganas itu,” katanya ketika menjadi seorang daripada anggota panel Forum Perdana bersempena Karnival Riang Ria Mahabbah 2016 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, di sini malam tadi.


Ayob Khan berkata sejak tangkapan pertama kes berkaitan kumpulan Daesh di Malaysia pada 2013, jumlah tangkapan terus meningkat setiap tahun dan pada tahun ini, 112 individu sudah ditangkap setakat ini.

“Polis akan terus melancarkan operasi membanteras kegiatan pengganas dari semasa ke semasa selain memantau aktiviti yang mempunyai elemen ajaran Daesh di semua tempat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan persatuan penduduk amat diperlukan untuk memaklumkan kepada polis jika terdapat sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan pengganas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori