Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Beri Sokongan Moral Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak dapat memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit tetapi...

Lynas Hentikan Sementara Operasi...

KUANTAN - Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas), akan menghentikan sementara...

Sanggup Tatu Jersi Baju...

MINAT yang mendalam terhadap pasukan bola sepaknya telah mendorong seorang lelaki untuk mencacah...

MAKKAH – Kren Tumbang...

*** SETAKAT 2.30 pagi waktu Malaysia - Jumlah kematian yang dilaporkan telah mencecah...

Fasha Rai Birthday Anak, Jejai Turut Hadir

SEMALAM, telah berlangsungnya sambutan majlis hari jadi anak kedua pelakon terkenal, Fasha Sanda iaitu Putri Raysha Jemyma yang genap memasuki usia 2 tahun.

Majlis yang berlangsung di The Podium By Daun, Kuala Lumpur itu berlangsung dengan cukup meriah dan berwarna warni.

Lebih menarik, bekas suami Fasha, Jejai turut hadir meraikan sambutan hari jadi puteri tunggalnya itu.

Gambar Jejai yang dimuat naik dalam Instagram Fasha ketika majlis itu berlangsung turut membuatkan para peminat berasa teruja mengharapkan pasangan ini berbaik semula menjadi suami isteri.

Tidak kurang juga yang memuji sikap Fasha yang disifatkan terbuka untuk berhadapan dengan Jejai demi anak-anak.

Selain itu, anak sulung Jejai menerusi perkahwinan terdahulu bersama Nora Danish, Rayqal turut dilihat hadir bersama-sama meraikan hari jadi Jemyma.

Majlis itu dimeriahkan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan beberapa rakan selebriti seperti Johan Raja Lawak, Datuk Alif Syukri dan ramai lagi.

Jom kita saksikan, kemeriahan suasana di sekitar hari jadi anak kedua Fasha. – MYNEWSHUB.CC


TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori