Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Hujan Eksklusif’ Hanya Kena...

PELIK tapi benar. Rasanya itu perkataan yang sesuai digambarkan apabila hanya sebuah rumah...

‘Budak Fros’ Terima RM1.3...

BEBERAPA hari yang lalu, tular kisah seorang budak lelaki di China yang terpaksa...

Tedung Selar Masuk Kelas

SEREMBAN - Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter “menumpang belajar” di Sekolah...

Jalan Kaki 1,600km Promosi...

IPOH - Seramai tiga kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melakukan kelainan...

Selaras Kuota & Harga Rumah Mampu Milik Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menyelaraskan kuota dan harga rumah mampu milik di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesejah­teraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata kementerian itu sedang menyediakan kertas kerja tersebut dan akan membentangkan perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara.

“Kita mahu selaraskan kuota dan harga rumah yang telah ditentukan oleh kerajaan negeri melalui Dasar Perumahan Negeri,” katanya kepada media selepas merasmikan seminar ‘Pasaran Hartanah Malaysia: Peluang Disebalik Ketidaktentuan’, di sini hari ini.

“Kini, setiap negeri mempunyai kuota yang berbeza, ada yang meletakkan 50 peratus, 40 peratus dan ada yang mengambil mudah akan perkara ini.


“Jadi kita akan bentangkan kertas kerja untuk menyelaraskanya berdasarkan kepada nilaian rumah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri dalam kuota pembinaan rumah mampu milik yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori