Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Besut Padam Kebakaran...

BESUT - Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran belukar seluas dua ekar...

Serangan Israel Perbuatan Biadap,...

PUTRAJAYA - Malaysia menyifatkan serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza semalam yang...

Arahan Bercuti: FGV Anggap...

KUALA LUMPUR - Susulan arahan bercuti yang dikenakan ke atas Presiden dan Ketua...

Korban COVID-19 Di AS...

NEW YORK - Korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka mengerikan 20,000,...

Sembilan Pelajar MRSM Baling Dibenar Keluar Hospital

ALOR SETAR – Sembilan daripada 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling yang dimasukkan ke wad di Hospital Baling, dibenar keluar hospital, semalam.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, 14 lagi pelajar masih ditempatkan di wad, namun pihaknya menjangkakan 10 daripada mereka akan dibenar keluar hari ini.

“Empat lagi pelajar yang masih dipantau di wad, berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Isnin lalu, 68 pelajar tingkatan dua hingga lima MRSM Baling dikejarkan ke hospital setelah mengalami tanda-tanda keracunan makanan.


Siasatan awal mendapati kesemua mereka mengalami muntah, loya dan cirit-birit setelah makan sambal merah bersama nasi putih, nasi goreng dan ayam goreng yang dibeli di kafe MRSM itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori