Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Saringan Covid-19 Percuma Untuk...

PUTRAJAYA - Saringan koronavirus (Covid-19) untuk pekerja boleh dilakukan secara percuma menerusi panel...

Pesara Ditipu Lelaki Menyamar...

JEMPOL - Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM1,500 akibat ditipu seorang lelaki yang...

Najis Tikus, Sisa Minyak...

GEORGETOWN: Najis tikus di atas plastik bungkusan roti dan sisa minyak tepu yang...

Agong Bangga 2 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Semua Pusat Pemindahan Banjir Di Kemaman Ditutup

KEMAMAN – Banjir yang melanda di daerah ini sejak semalam pulih sepenuhnya dan ketiga-tiga pusat pemindahan banjir ditutup secara rasminya pada pukul 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Kemaman, Rosman Roslan berkata ketiga-tiga pusat pemindahan tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Balai JKKK Kampung Titian Berayun dan Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong ditutup sepenuhnya setelah kesemua 320 mangsa banjir dibenarkan pulang ekoran cuaca cerah dan air banjir telah surut.

“Kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang sejak awal pagi tadi apabila rumah mereka sudah tidak ditenggelami air dan ada penduduk yang telah mengambil peluang untuk membersihkan rumah masing-masing ekoran cuaca panas dan tidak hujan sejak malam tadi.

“Bilik Gerakan Bencana daerah juga telah ditutup secara rasminya pada pukul 6.15 petang ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.


Bagaimanapun Rosman berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Pihak Jabatan Metereologi menjangkakan akan berlaku hujan lebat peringkat kuning mulai esok sehingga 3 Disember ini dan kita memang sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori