Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pemuda UMNO Gesa Negara...

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa negara gergasi dunia, khususnya negara Islam, yang...

Sabah Mempunyai KM Hebat...

KENINGAU – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Kandungan Kargo Bukan Punca...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya kandungan kargo berbahaya yang dibawa pesawat...

Lawak… Apabila Budak Grafik...

SUDAH menjadi trend, foto selepas selesai majlis graduasi atau konvokesyen sama ada di...

Seorang Maut, 2 Cedera Parah Lori Bertembung Kereta

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala dua yang lain cedera parah apabila sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta bertembung di Jalan Kampung Nukahan, Kuala Penyu, kira-kira 136 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam kenyataannya pagi ini berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Epol Akiw, 39, manakala yang cedera parah ialah Edward Roney, 46.

Identiti seorang lagi mangsa yang cedera parah belum lagi dikenal pasti.

Menurut kenyataan itu, lapan lagi individu yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan cuma mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.


Ketika kejadian, lori berkenaan membawa 10 orang penumpang, kata kenyataan itu.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.40 pagi sebelum menghantar sebuah jentera beserta enam anggota ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori