Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yana Buat Rawatan Kesuburan...

PELAKON dan pengacara, Yana Samsudin mengakui melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan...

Letak Bayi Di ‘Baby...

KUALA LUMPUR - Ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu berasa...

Gempa Lombok: 2 Jenazah...

JAKARTA - Jenazah 2 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan...

Penyokong Buat Onar, FIFA...

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormati keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)...

Seram! Peralatan Bersenam Bergerak Sendiri

LAMAN Stomp berkongsi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Migo Serna menunjukkan sebuah peralatan bersenam bergerak sendiri secara tiba-tiba.

Menerusi video amatur berdurasi kurang 30 saat itu, sebuah peralatan senam berwarna hitam dirakam bergerak sendiri seolah-olah ada ‘seseorang’ sedang menggunakannya.

Kejadian yang dirakam pada waktu siang itu disaksikan beberapa pengunjung taman berkenaan seperti yang dipaparkan video tersebut.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, namun menurut laman web tersebut, sesetengah daripada netizen mendakwa kejadian itu dipercayai berlaku di Singapura.

Walau bagaimanapun, berdasarkan suara yang kedengaran pada video yang tersebar itu ianya kedengaran seperti bahasa Sepanyol yang dipertuturkan.


Video berkenaan telah ditonton hampir 190 ribu dan dikongsi lebih 4,634 perkongsian sejak dimuat naik.

Sesetengah netizen yang melihat video tersebut percaya ia adalah kejadian mistik manakala sesetengah yang lain merasakan ianya suatu yang lucu.

Pengguna Facebook, Fadli Maslan berkata, “Ingat manusia je ke nak sado..hantu pon nak sado jugak lah…kikiki.”

Manakala Miyako Chan pula: “My school also like that der,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori