Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UTeM Pantau Kakitangan, Pelajar...

ALOR GAJAH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sentiasa memantau kegiatan kakitangan serta...

Malaysia Tak Terancam Kehadiran...

VLADIVOSTOK - Malaysia tidak berasa terancam terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS) menempatkan peluru...

Perlis Laksana Projek Tangani...

KANGAR - Kerajaan negeri akan membina laluan air dalam parit di sepanjang jalan...

Suami Dedah Kisah Di...

BIASANYA di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita yang sentiasa menyokongnya....

Shahidan Minta MADA Tetapkan Tempoh Meracun Sawah

KANGAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) diminta menetapkan tempoh tertentu untuk meracun sawah padi bagi memelihara kualiti ekosistem biotik setempat dan mencegah orang ramai menghidu udara tidak bersih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pendekatan baharu seperti mengehadkan tempoh meracun adalah alternatif terbaik kerana racun yang disembur oleh petani memberi kesan jangka panjang kepada penghidu.

“Hati saya tersentak melihat keadaan petani meracun di sawah tanpa mengira waktu. Orang ramai pula kurang pendedahan dan masih ramai tidak tahu risiko penyakit kesan menghidu udara beracun.

“Meracun dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan kesihatan termasuk orang yang tinggal berdekatan sawah padi,” katanya selepas melancarkan Hari Tanpa Kereta bersempena Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFEM) anjuran Kelab Associated Cyclosportif Trekkers dan kerajaan negeri di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini, hari ini.

Shahidan mahu MADA menetapkan tempoh waktu yang bersesuaian, mungkin antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk pesawah meracun sawah padi mereka.

Beliau berkata mekanisme ini perlu dilaksanakan segera kerana racun perosak mampu menyebabkan kerosakan organ dalaman jangka masa pendek dan panjang.


“Agensi-agensi yang terbabit dengan aktiviti pertanian perlu mengambil serius perkara ini dan melaksanakan jadual waktu meracun,” kata Shahidan sambil menambah meracun di luar waktu ditetapkan dianggap melakukan kesalahan.

Mengenai program julung kali itu beliau berkata seramai 1,000 peserta mengambil bahagian dengan berbasikal, berkasut roda dan berjalan kaki sejauh dua kilometer di sekitar bandar Kangar bermula pukul 8 pagi.

Pengarah Program JFEM Perlis Mohamad Azlan Mohammed Shapie berkata program tersebut adalah kempen untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dalam usaha ke arah persekitaran yang lebih sihat.

Katanya program itu mengambil inspirasi ‘KL Car Free Morning’ yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga di Kuala Lumpur. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • sawah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori