Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kes Tampar Polis: Farid...

DALAM pada ketegangan terus tercetus berhubung kes penangkapan melibatkan pengarah dan pelakon Datuk...

Velodrom Azizulhasni Awang Cungkil...

DUNGUN - Pembinaan Kompleks Velodrom Daerah Dungun di Balai Besar, di sini, bakal...

Wan Azizah, Najib Ucap...

JENAKA yang bersahaja dan idea Allahyarham Abam bersama kumpulan Bocey ketika hayatnya dahulu...

Remaja Persis Aaron Aziz...

MEMANG bukan suatu perkara yang baharu apabila terjadinya sesuatu bencana di Malaysia pasti...

Sindiket Guna Bahan Tidak Terlarang Hasil Dadah Baru

MUAR – Sindiket dadah di negara ini dikesan sudah membuat kajian awal bahan-bahan kimia yang termaktub dalam Akta Racun 1952 sebelum mengeksploitasi bahan tidak dilarang untuk menghasilkan dadah-dadah baharu.

Perkara ini didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita selepas merasmikan Program ”Saya Benci Dadah”: Peranan Belia dan Masyarakat Memerangi Dadah” di Sekolah Tinggi Chung Hwa di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata dipercayai sekurang-kurangnya dua jenis bahan kimia digunakan oleh sindiket ini setiap minggu, bagi menghasilkan dadah baharu yang sama mengkhayalkan seperti heroin.

“Kita ambil contoh, menanam pokok ketum tidak dikira sebagai kesalahan, namun apabila diminum dan dicampur dengan bahan lain seperti ubat batuk yang mendatangkan kesan khayalan, ia sudah dianggap menjadi perkara lain.


“Justeru, mereka (sindiket) ini disifatkan sebagai ‘makhuluk perosak’ kerana sanggup mencipta ramuan berbahaya demi mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata bagi membanteras kegiatan tersebut, polis akan sentiasa meningkatkan kerjasama dengan semua pihak termasuk ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengurusan sekolah agar usaha memeranginya tidak hanya diletakkan pada bahu polis semata-mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori