Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Haa… Tepuk! Bergema Himpunan...

SINIS... Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mencuit hati ribuan peserta program...

Menyentuh Hati, Luahan Anak...

"MAK, doa kami sentiasa bersama mak, kerinduan kami sentiasa diiringi doa buatmu mak....

Rusia Rancang ‘Haramkan’ Filem...

FILEM Beauty and the Beast keluaran Disney yang sepatutnya ditayangkan di Rusia bermula...

PRU14 Corakkan Masa Depan...

KUALA KRAI – Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah proses demokrasi penting bagi...

SKMM Terima Lebih Seribu Aduan Judi Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 1,161 aduan daripada orang awam berhubung aktiviti mempromosikan judi dalam talian dari 2015 hingga September lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata menerusi aduan tersebut, SKMM mengambil langkah mengumpul maklumat,mengenal pasti butiran yang berkaitan dan seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan siasatan lanjut.

“Kegiatan judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia.

“Namun demikian, kerjasama antara pihak SKMM dan PDRM telah sedia terjalin dalam usaha membanteras kegiatan judi dalam talian, meliputi aspek-aspek kerjasama pemantauan, pengesanan, perkongsian maklumat, forensik digital, penamatan nombor-nombor telefon dan sekatan laman-laman web judi dalam talian,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Salleh menjawab soalan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) mengenai aktiviti perjudian dalam talian yang begitu berleluasa seolah-olah tiada pemantauan dan tindakan.

Wee juga ingin tahu hak privasi pemilik telefon yang begitu mudah dimasuki oleh pelbagai tawaran perjudian dalam talian dan mengganggu privasi pengguna.

Menjelaskan isu itu, Salleh berkata pihak SKMM mengambil langkah melalui Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mengarahkan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan untuk menamatkan nombor-nombor telefon yang terlibat menyebarkan SMS berunsur perjudian.

“Sehingga September lepas, sejumlah 12,449 nombor telefon telah ditamatkan perkhidmatannya,” katanya.


Beliau berkata berdasarkan analisis dilakukan SKMM, penyebaran SMS berunsur perjudian tidak menyasarkan pengguna tertentu, sebaliknya secara ‘spam’ atau pukal kepada nombor telefon secara rawak atau berjujukan tanpa mengetahui identiti pengguna berdaftar bagi nombor telefon tersebut, atau sama ada nombor telefon tersebut aktif.

“SKMM juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam mengesan penyebaran SMS sedemikian, bagi melindungi privasi para pengguna dan syarikat penyedia perkhidmatan juga telah menyediakan sistem tapisan bagi menyekat penghantaran SMS yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian,” katanya.

Ini dapat dilihat dengan pengurangan aduan yang diterima oleh SKMM daripada 194 aduan pada bulan Mac kepada 40 aduan pada bulan September tahun ini, katanya.

Selain itu, Salleh berkata bagi memudahkan pengguna untuk melaporkan isu-isu sebegini, pihak SKMM telah menyediakan lima saluran aduan, iaitu melalui saluran-saluran walk-in, telefon di talian 1800 188 030, e-mel [email protected], laman web http://aduan.skmm.gov.my dan WhatsApp di talian 016-220 6262.

“Dengan pengenalan saluran aduan melalui WhatsApp ini, diharap ia lebih memudahkan lagi untuk para pengguna membuat aduan serta laporan kepada pihak SKMM,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori