Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hadi Tidak Gelar Orang...

SHAH ALAM - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas,...

Pemegang Ijazah Kelas 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 pelajar membuat pinjaman berjumlah RM48.6 bilion daripada Perbadanan...

Nenek, Cucu Ditemui Rentung...

Putatan - Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung berpelukan apabila terperangkap dalam...

Dirotan, Diikat Pada Pokok...

GARA-gara melarikan diri untuk bersama kekasih hati, seorang gadis berusia 18 tahun diikat...

‘Spider Man’ Selamatkan Budak Dari Jatuh Tingkat 3

SEORANG lelaki dianggap sebagai ‘Spider Man’ kerana sanggup memanjat bahagian luar sebuah bangunan tanpa alat keselamatan untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut pada jeriji tingkap di rumahnya di Liocheng di bahagian timur wilayah Shandong, China, baru-baru ini.

Dailymail melaporkan, Liang Lei yang tinggal di bangunan bersebelahan tempat kejadian menyedari insiden tersebut selepas seorang lelaki menjerit apabila ternampak kanak-kanak berkenaan.

Kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu tersangkut pada jeriji tingkap manakala badannya tergantung di bahagian luar rumah yang terletak di tingkat tiga.

Bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu, Liang mengambil keputusan memanjat bangunan pangsapuri itu dengan hanya menggunakan tangan.

“Saya ternampak kanak-kanak itu tidak bergerak dan kakinya menggigil. Saya terus memanjat kerana tahu dia dalam bahaya.

“Jika dia menggerakkan kepalanya, sudah tentu akan terjatuh kerana ada jurang pada tingkap besi itu,” katanya.

Liang berjaya merangkul dan memegang kanak-kanak itu sehingga seorang lelaki dari sebuah syarikat kunci membuka pintu rumah dan bersama menolong menyelamatkan kanak-kanak malang itu.


Kanak-kanak tersebut yang tidak didedahkan namanya itu tinggal seorang diri selepas ibu bapanya keluar dan cuba memanjat tingkap sebelum tersangkut.

Penduduk yang melihat kejadian dilaporkan membantu dengan membentangkan selimut tebal di tingkat bawah susulan bimbang jika kanak-kanak itu terjatuh.

Keberanian Liang mendapat pujian penduduk dan ibu bapa kanak-kanak tersebut turut mengucapkan terima kasih di atas bantuannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori