Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Tembak Monyet Untuk...

SERI MANJUNG - Suspek lelaki yang ditahan berhubung kes tembak monyet yang tular...

Keputusan PAS Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Keputusan PAS tidak bersama dalam perhimpunan haram Bersih 4 merupakan...

PRN-11: Kes Koyak Poster...

KUCHING - Sebanyak 12 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya diterima polis dalam tempoh...

Amira Akur Lakonan Dikritik...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Amira Othman...

SPRM Ambil Keterangan Pengarah Agensi, 2 Kontraktor

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan seorang pengarah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan dan dua kontraktor yang ditahan semalam kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima wang suapan.

Menurut sumber kesemua mereka diambil keterangan di SPRM Cawangan Labuan pada kira-kira 12 tengah hari tadi.

“Setakat ini, SPRM telah merekod keterangan daripada kesemua suspek untuk membantu siasatan berkaitan kes pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tanjung Purun, Labuan.

“Hasil siasatan kes ini, SPRM sedang menganalisis dokumen berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.


Semalam, pengarah berusia 59 tahun itu ditahan pada kira-kira 11.50 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala dua kontraktor itu ditahan pada 6.30 petang di pejabat SPRM Labuan.

SPRM turut membekukan 12 akaun bank pengarah itu membabitkan RM899,000 iaitu sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang dipercayai diraih menerusi rasuah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori