Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ARC 2018: Langkah Pertama...

KUALA LUMPUR - Malaysia memiliki potensi beraksi di Piala Dunia buat kali pertama...

Malaysia Berunding Dengan AALCO...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia...

PKP: Sorok Anak Dalam...

BUTTERWORTH - Tindakan seorang wanita yang mahu merentas daerah dengan menyembunyikan anak tirinya...

Donald Trump Arah Kajian...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump sebentar tadi menandatangani perintah eksekutif pertamanya, dengan mengarahkan...

SPRM Teliti Kelemahan Sistem, Prosedur JANS

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

SPRM dalam satu kenyataan di sini berkata ia bertujuan untuk menambah baik proses kerja, khususnya berkaitan perolehan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur air di jabatan itu.

Menurut kenyataan itu, usaha yang dilakukan adalah bagi menutup ruang dan peluang daripada berlakunya rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa dalam pelaksanaan projek-projek JANS dengan meneliti punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi mengatasinya.

Langkah dan usaha itu diambil selepas bekas Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS bersama-sama 23 jurutera dan juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana projek di bawah JANS dalam beberapa siri operasi sejak Oktober lalu.

Satu pasukan khas diketuai oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah ditubuhkan bagi meneliti dan merangka perkara itu.

Selepas meneliti dan mengenal pasti penemuan serta kelemahan-kelemahan yang berlaku, pasukan itu akan merangka beberapa cadangan bagi penambahbaikan ke atas amalan, sistem dan prosedur kerja pegawai dan kakitangan JANS.


Tindakan itu adalah selaras dengan fungsi SPRM di bawah Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM berharap agensi-agensi lain turut bekerjasama dengan SPRM bagi membendung perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di agensi masing-masing khususnya dalam perolehan kerja yang melibatkan dana awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori