Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dengan Kesan...

KINABATANGAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dengan tiga kesan tetakan di tepi Jalan...

Pengemis Di Dubai Raih...

DUBAI - Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga...

Sam Bunkface Pilih Thailand...

VOKALIS kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam dan...

Isu Khairuddin: 11 Saksi...

KUALA LUMPUR - Seramai 11 saksi bebas sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan...

Staf Hospital P.Pinang Silap Serah Mayat Digantung Tugas

KUALA LUMPUR – Kakitangan Hospital Pulau Pinang yang tersilap menyerahkan mayat kepada waris baru-baru ini telah digantung tugas serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kakitangan hospital itu akan dikenakan tindakan tatatertib yang lebih tegas selepas ini.

Menurut beliau, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang mengesahkan kejdian itu dan siasatan mendalam sedang dijalankan.

“Kementerian Kesihatan berasa sangat kesal dan memandang serius insiden itu. Pihak hospital telah berjumpa dengan waris keluarga bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenainya.

“Kementerian Kesihatan berpendirian bahawa ia tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital sama ada hospital kerajaan ataupun swasta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, hospital kerajaan mempunyai garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) mengenai tatacara penyerahan mayat kepada waris.


Kata beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab serta tidak mematuhi peraturan serta SOP tersebut.

“Kementerian Kesihatan juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori