Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Turut Nafi Penubuhan...

KUALA LUMPUR - Ketua Gerakan Kesederhaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah turut tampil menafikan...

Ebby Yus Syukur Bakal...

LEGA... Seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Syed bersedia untuk serahkan buah...

Pemilik Bengkel Motosikal Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik bengkel motosikal didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di...

Tuanku Abdul Halim Ambil...

KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan negara terutama ancaman kumpulan fahaman ekstrem seperti Daesh...

Stok Minyak Masak Peket Mencukupi Di Sarawak

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan dakwaan kekurangan kritikal minyak masak yang dijual dalam peket satu kg di Sarawak.

Pengarah Pejabat KPDNKK Sarawak, Datuk Stanley Tan berkata, pemeriksaan telah dibuat dan mendapati stok minyak masak bagi satu kg yang dijual dengan harga subsidi RM2.50 mencukupi di Sarawak.

“Kuota Sarawak bagi minyak minyak satu kg ialah 2,505 tan metrik untuk satu bulan dengan anggaran seorang akan menggunakan 1.5kg sebulan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan stok bekalan minyak masak di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Tan berkata, pengguna boleh membuat pilihan membeli minyak masak botol pelbagai kuantiti sekiranya minyak masak dalam peket tiada stok.

“Bekalan minyak masak peket masih ada di pasar raya besar di Sarawak cuma ada ketika ianya habis dijual mungkin kerana dibeli penduduk kawasan berhampiran dengan banyak tapi pengguna boleh memilih minyak masak dalam botol yang pelbagai kuantiti saiz beratnya,”katanya.

Beliau berkata, KPDNKK Sarawak bagaimanapun sudah mengesan ada peruncit menjual sepeket minyak subsidi dengan menaikkan harga ditetapkan RM2.50 kepada RM2.80 dan RM3 setiap peket di Limbang.


“Kita telah memberi notis kepada peniaga di Limbang tersebut untuk memberi penjelasan kenapa harga dijual tidak mengikut yang ditetapkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini KPDNKK Sarawak tidak mengesan kes menyorok minyak minyak namun mengakui ada kekurangan stok bekalan minyak berpunca daripada masalah pengangkutan seperti berlaku di Limbang namun berjaya diselesaikan.

Tan berkata, setakat ini seorang peruncit di Serian telah dikenakan tindakan undang-undang kerana menyimpan bekalan minyak masak berlebihan tanpa lesen yang diberikan oleh kerajaan.

Beliau berkata, pemantauan yang dibuat sejak awal bulan mendapati tiada pembelian panik minyak masak berlaku di Sarawak dan berharap ianya tidak berlaku kerana stok minyak peket dan botol pelbagai saiz masih banyak di pasaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori