KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat pada majlis kesyukuran, bacaan Yasin dan tahlil sempena Hari Keputeraan baginda di Masjid Ubudiah di sini, hari ini.
Baginda yang tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Berangkat sama, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim mengetuai majlis bacaaan Yasin dan tahlil manakala solat Jumaat diimamkan Mohd Helmi Ibrahim.
Selesai solat, Sultan Nazrin Shah kemudian meluangkan masa menziarahi makam ayahanda baginda Sultan Azlan Shah. – BERNAMA