Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kesian Pakcik Ni, Difitnah...

SEPERTI sudah menjadi satu penyakit keturunan dalam diri setiap manusia, penyakit 'busuk hati' akan...

Tugas ‘Ekstra’ Cikgu.. Buang...

BAGI yang kurang maklum, tugas cikgu Pembantu Pengurusan Murid adalah menolong mengasuh murid-murid di...

Terengganu Lancar Program Berbudi...

BESUT – Rakyat Terengganu digalakkan menjadi petani secara kecil-kecilan dengan berkebun di kawasan...

Polis Tampin Temui Semula...

SEREMBAN - Kecekapan anggota polis yang bertugas ketika membuat rondaan cegah jenayah menemukan...

Surat ‘Hantu Jambatan’ Buat LGE Gemparkan Penduduk

GEORGE TOWN – Sekeping nota didakwa ditulis oleh ‘hantu jambatan’ telah menggemparkan penduduk kawasan bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Batu Maung, dekat sini.

Warkah misteri tersebut dipercayai ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri dan nota berkenaan ditemui dilekatkan di salah sebuah tiang di bawah jambatan itu.

Ia mengatakan ‘hantu’ tersebut mengecam tindakan DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng kerana cuba mempolitikkan kematian seorang peniaga Melayu yang baru-baru ini membunuh diri di jambatan terbabit.

Saya amat terkilan apabila kematian saya diperjudikan demi kepentingan parti yang memerintah Pulau Pinang,” tulis nota berkenaan.

‘Hantu’ tersebut turut mendakwa tanah di Pulau Jerejak kini sudah mula diteroka dan ia bukan lagi menjadi hak milik rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri dipimpin DAP telah banyak melakukan kemusnahan terhadap tanah di kawasan tersebut sejak memerintah pada 2008 lalu.

Selepas kematian saya baru-baru ini, saya dapat lihat banyak kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Yang terbaru apabila saya menyelam ke Pulau Jerjak saya dapati sudah ada batu-batu (kuari) di Pulau tersebut dan mendapati pulau tersebut telah tergadai, bukan lagi hak Pulau Pinang.

note


nota2

note3

Selain itu, penganjuran forum bertajuk ‘Tragedi Lahar Yooi’ yang diadakan bersama PKR dan PPBM turut dikecam ‘hantu’ tersebut, yang mana meminta DAP segera menghentikan program terbabit kerana memalukan keluarganya.

Saya amat tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang membuat program ‘Tragedi Lahar Yooi’ untuk kepentingan politik Lim Guan Eng.

Saya mengecam Lim Guan Eng kerana membuat program yang mengaibkan saya dan keluarga dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang menjual rokok seludup. Program ini mesti dihentikan,” tulisnya.

Terdahulu, seorang pemilik kedai runcit ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya pada 28 Oktober, kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dia membunuh diri di jambatan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori