Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Hantar Pulang Mayat...

PELAJAR tingkatan lima yang ‘menghantar’ pulang mayat kekasihnya selepas terbabit kemalangan motosikal Ahad...

‘Suspek Bunuh Guna Bom...

KUALA LUMPUR : Kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan restoran dekat Pandan Indah,...

Najib Saran PH Maksimum...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya 1Malaysia...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.8 skala Richter melanda Kepulauan Loyalty,...

Suspek Insiden Keganasan Di Pattani Dikenal Pasti

PATTANI – Polis Thai telah mengenal pasti tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom dan khianat terhadap sebuah stesen minyak di Pattani dua hari lepas.
Pemangku Ketua Polis Pattani, Kol Piyawat Chalermsi berkata serangan bom dan khianat tersebut telah menyebabkan kebakaran besar di stesen minyak dimiliki syarikat berkaitan kerajaan itu tetapi tidak menyebabkan kematian atau kecederaan.

“Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam wajah ketujuh-tujuh suspek itu dan kita juga telah mengenal pasti nama lima daripada mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa belum bersedia mendedahkan nama lima suspek itu bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti nama baki dua suspek.

Piyawat berkata polis percaya suspek terbabit juga terlibat dalam insiden serangan bom di sebuah hotel di Pattani pada Ogos lepas.


Dua hari lepas, wilayah selatan Thai di Pattani, Narathiwat dan Songkla digegarkan dengan 13 serangan bom, lima kes tembakan dan lima serangan khianat yang menyebabkan tiga kematian dan enam cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori