Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

SPRM Siasat Penguat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada pegawai...

Hadi Sindir Mahathir Bawa...

TIDAK LUPA... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr. Mahathir...

Aminuddin Umum Portfolio Untuk...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun hari ini mengumumkan 15 portfolio...

Wan Junaidi Dilantik Komisioner...

KUCHING - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku...

Suspek Pecah Rumah Sembunyi Dalam Reban Ayam

JERANTUT – Gara-gara untuk mengelakkan diri daripada ditahan polis, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan pecah rumah di sekitar Felda Kota Gelanggi Dua, di sini sanggup bersembunyi di dalam reban ayam sebelum berjaya ditahan polis dalam serbuan malam Khamis lepas.

Suspek yang berumur 32 tahun ditahan pada pukul 8.30 malam, merupakan antara tiga anggota Geng Gelanggi yang ditahan dalam Op Pintu yang dilakukan selama tiga hari oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut (IPD).

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek, polis berjaya menahan dua lagi suspek iaitu pasangan anak beranak berumur 28 dan 61 tahun dalam serbuan berasingan pada petang Jumaat lepas dan petang semalam.

“Si bapa ditahan di hadapan Masjid Al-Taqwa Felda Kota Gelanggi Dua, manakala si anak ditahan di perkarangan Balai Polis Jerantut petang semalam ketika hadir untuk menyerah diri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan penahanan itu, polis berjaya merampas barangan seperti jam tangan, telefon bimbit dan rantai emas yang keseluruhannya dianggar bernilai RM20,000.


“Hasil penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah dan satu kes samun yang berlaku sekitar Felda tersebut,” katanya.

Polis kini masih meneruskan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat anggota kumpulan itu yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori