Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Shaiful Zero: Tangguh Kahwin...

RAMAI pihak mula membuat andaian liar mengatakan salah seorang ahli kumpulan Zero, Shaiful...

Jangan Hanya Minta Sabar,...

PUTRAJAYA - Syarikat atau agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah perlu lebih bertanggungjawab...

Gembleng Tenaga, Aset Demi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh warga Felda...

Hartawan Syed Mokhtar Taja...

KUALA LUMPUR - Hartawan korporat dan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar...

Suspek Langgar Warga Emas Diburu Di Lawas

MIRI – Seorang lelaki warga emas dari Kampung Luagan Sundar hampir putus pergelangan kaki kanan dalam kemalangan ngeri di Lawas, Limbang hari ini.

Ketua Polis Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa berusia 69 tahun patah kaki kanan dengan pergelangan kaki hampir putus apabila motosikal ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda pada 2.55 petang di KM10 Jalan Lawas ke Trusan.

“Kedua-dua kenderaan dipercayai datang dari arah sama iaitu dari Lawas ke Trusan sebelum mangsa dilanggar oleh kenderaan suspek dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis kini memburu pemandu terbabit iaitu seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kampung Baru Sundar Lawas yang telah lari ke kawasan Bukit Suling, Trusan, sejurus selepas berlaku kemalangan.


“Kenderaan itu dijumpai ditinggalkan di tepi kawasan hutan di Bukit Suling,” katanya, sambil menambah, anggota keluarga suspek bersedia memberi kerjasama dengan menyerahkan suspek kepada polis.

Mangsa kemalangan itu masih menerima rawatan di Hospital Lawas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori