Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

3 Mati Dalam Insiden...

CHICAGO - Seorang banduan di kamar mahkamah Michigan menembak mati dua pegawai mahkamah...

MIC Akan Pastikan Calonnya...

KUALA LUMPUR - MIC akan memastikan calonnya bagi PRU14 menepati ciri-ciri yang dikehendaki...

Geng Letup ATM Direman...

KUALA TERENGGANU - Lima lelaki direman selama empat hari bermula hari ini selepas...

Bukan Islam Berlindung Di...

JIKA mahu melihat perpaduan sesebuah masyarakat, lihatlah perilaku mereka semasa berlakunya bencana. Dan masyarakat...

Suspek Rampas MT Orkim Kini Tahanan Malaysia

SENAI – Lapan suspek kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony Jun tahun lepas kini berada dalam tahanan di Malaysia.

Mereka diekstradisi dari Hanoi, Vietnam dan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor di sini pagi tadi.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar yang mengetuai misi ekstradisi itu, berkata kesemua lelaki warga Indonesia berumur antara 21 dan 63 tahun itu dibawa menaiki pesawat komersial dari Hanoi yang tiba di lapangan terbang Senai pada 6.10 pagi.

“Mereka akan didakwa di Mahkamah Kota Tinggi di sini di bawah Seksyen 397 dan 394 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 394 kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan manakala Seksyen 397 kerana melakukan rompakan bersenjata atau percubaan bagi menyebabkan kematian atau kecederaan parah.

Ahmad Puzi berkata misi itu dikawal rapi oleh 40 anggota dan pegawai Anggota Pasukan Tindakan Khas (STAR), Cawangan Perisikan dan Cawangan Siasatan Jenayah Maritim Malaysia sebagai langkah keselamatan bagi mengawal kesemua suspek yang dikategorikan sebagai berbahaya.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang tukang masak yang juga seorang daripada 22 anak kapal yang dirompak telah dicederakan dan hasil pemeriksaan di Hospital Kubang Kerian, Kelantan, mengesahkan mangsa cedera akibat kesan tembakan,” katanya.

Ahmad Puzi berkata kejayaan misi ekstradisi pertama kali dilakukan APMM di negara ini akan dijadikan bahan pembelajaran khusus di pusat latihan APMM sebagai langkah menangani kes rompakan di laut.

Katanya pihaknya juga bercadang berkongsi pengalaman misi ekstradisi berkenaan dengan pasukan maritim negara ASEAN.


Pada 22 September lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mengumumkan Mahkamah Vietnam meluluskan permohonan mengekstradisi dan membicara lapan suspek warga Indonesia yang terlibat dalam kes berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony itu dirampas ketika berada di timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 11 Jun, 2015.

Anggota kru dan kapal tangki itu dibebaskan dan ditemui pada 19 Jun berdekatan Phu Quoc di Vietnam dengan usaha sama Malaysia, Vietnam, Australia, Thailand dan Indonesia.

Semasa kejadian kapal itu membawa 22 kru termasuk 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Lapan lelaki Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di selatan negara itu ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori