‘TAK tahu dadah dalam tin coklat’ – Demikian alasan seorang lelaki warga Malaysia selepas ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA), Manila.
Dia ditahan pihak berkuasa Filipina apabila didapati cuba menyeludup masuk 4.6 kilogram kokain yang disembunyikan dalam tin coklat, pada Isnin lalu.
Suspek,Ā Nasiruddin Mohammad Hasnan, 22, yang berasal dari Johor ditahan apabila tiba di ibu kota itu menaiki sebuah penerbangan dari Lome, Togo.
Sebelum berada di negara Afrika itu selama sehari,Ā Nasiruddin dilaporkan mulanya pergi keĀ Addis Ababa, Habsyah dengan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan pada beg suspek setibanya di Manila mendapati terdapatnya sembilan tinĀ yang mengandungi 216 bungkusan seperti coklat yang kemudian disahkan sebagai dadah jenis kokain.
Menurut media tempatanĀ Inquirer.net, dadah yang dibawa suspek adalahĀ kokain gred tinggi dan dianggarkan bernilai 23 juta peso (RM2.03 juta).
Jurucakap imigresen Filipina, Jaime Morente berkata, sebelum suspek tiba, pihaknya sudah menerima maklumat dari Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat mengenai seorang pembawa dadah dari Togo.
“Suspek hanya membawa sebuah bagasi bimbit dan ditahan di NAIA ketika cuba menaiki teksi,” katanya.
Semasa disoal siasat, suspek mendakwaĀ tidak tahu mengenai dadah di dalam tin coklat berkenaan dan membeli tin coklat berkenaan ketika melancong di Bangkok, Thailand.
Dia yang berkerja sebagai pencuci kereta juga memaklumkan ini adalah kali pertama dirinya datang ke Filipina.