Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

V4Putrajaya Pupuk Semangat Kesukarelawan

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini...

Respons Positif Kelantan Terhadap...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini memuji...

Sindiket Dadah Tumpas, Barangan...

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menumpaskan beberapa sindiket dadah di negeri ini selepas...

Seramai 4,365 Suri Rumah...

KUALA LUMPUR - Seramai 4,365 suri rumah telah mendaftar untuk Caruman Sukarela Insentif...

Tandas ‘Tersumbat’ Pesawat Terpaksa Dilencongkan

MANCHESTER – Satu penerbangan tertangguh selama lima jam selepas ia terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang Manchester setelah kesemua tandas ‘tersumbat’.

Menurut laporan mStar Online, penerbangan dari Toronto ke Pakistan itu tidak mempunyai pilihan lain selepas mendarat di Britain apabila ‘seseorang’ membuang sesuatu yang pejal di dalam salah sebuah tandas.

Tindakan itu mengakibatkan kesemua tandas dalam pesawat Pakistan International Airlines (PIA) mengalami masalah.

mStar Online yang menukil Mail Online menambah Pengerusi PIA Muhammad Azam Saigol dalam satu kenyataan berkata: “Saya berpendapat bahawa penumpang perlu mematuhi dan berhati-hati membaca tanda amaran di dalam tandas.”

Ketika kejadian itu berlaku, pesawat Boeing 777-200 yang berlepas dari Toronto menuju ke Lahore di Pakistan, berada di Lautan Utara, dekat Manchester. – Agensi/mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori