Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Semua Pihak Perlu Perkasa...

KUANTAN - Semua pihak merangkumi jabatan kerajaan, swasta, badan berkanun dan majlis daerah...

Video: ‘Datuk’ Pukul Pengawal...

GEORGE TOWN - Gara-gara berang dengan tindakan seorang pengawal keselamatan yang mengunci tayar...

Jorge Glas Beri Amaran...

QUITO - Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas, memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya rampasan...

Mampukah Kerajaan Memerangi Covid-19...

DARI FB NAJIB RAZAKKP KKM beri amaran bahawa kes aktif Covid naik semula...

Tat Meng Jadi Ketua Jurulatih Badminton Scotland

KUALA LUMPUR – Jurulatih perseorangan wanita negara, Wong Tat Meng membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menerima tawaran dari Scotland.

Menurut kenyataan dikeluarkan BAM, Pengarah Teknikal persatuan itu, Morten Frost berkata Tat Meng membuat keputusan untuk menerima tawaran sebagai Ketua Jurulatih di Persatuan Badminton Scotland.

Bekas pemain kebangsaan berusia 49 tahun berkenaan akan memulakan tugasnya itu pada awal Januari tahun depan, dengan kontrak selama empat tahun.

“Ia satu cabaran baharu yang menarik bagi jurulatih kebangsaan berpengalaman. Jurulatih negara kini banyak menerima tawaran di seluruh dunia. Kami melihatnya sebagai peningkatan dan pengiktirafan terhadap usaha dilakukan di Malaysia,” kata Frost.


BAM sedih kerana kehilangan kepakaran salah seorang jurulatih berpengalaman tetapi kami ingin mengucapkan yang terbaik kepada Tat Meng dalam kerjayanya pada masa akan datang, kata Frost. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori