Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anggota PPBM Bertanding Sebagai...

MUAR - Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding sebagai calon Bebas...

Dayangku Intan Mula Nyanyi...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Dayangku Intan yang mendermakan ginjal kepada suami, September lalu,...

Gagal Patuh Syarat, Restoran...

BUTTERWORTH - Seorang pengusaha sebuah premis makanan dimsum terkenal di Raja Uda, di...

UMNO Tidak Berhasrat Singkirkan...

KUANTAN - Cadangan pindaan Perlembagaan UMNO tidak melibatkan usaha penyingkiran pemimpin tertentu yang...

Teck Meng Pelawa Kerajaan Pulau Pinang Dakwa Beliau

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng mempelawa kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa beliau di mahkamah berhubung pendedahannya mengenai prestasi sebenar ekonomi Pulau Pinang,

Tegasnya, beliau mempelawa kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mendakwanya di mahkamah kerana beliau mendedahkan 12 perkara mengenai kedudukan sebenar ekonomi negeri itu sejak diperintah DAP.

“Pada 19 Oktober 2016, dalam usaha untuk membersihkan semua keraguan yang dipertikaikan di antara saya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai gambaran sebenar prestasi ekonomi Pulau Pinang sejak DAP mengambil alih kuasa, saya telah meminta Penang Institute yang dimiliki dan dibiayai oleh kerajaan Pulau Pinang menjawab 10 soalan. Selepas itu, saya telah menambah dua lagi soalan – menjadikannya jumlah soalan sebanyak 12.

“Disebabkan Penang Institute dan kerajaan Pulau Pinang enggan menjawab satu pun daripada 12 soalan yang dikemukan oleh saya selama hampir sebulan, saya kini memberikan jawapan kepada 12 soalan-soalan saya.

“Jika jawapan saya tidak betul, saya mengalu-alukan Penang Institute yang berdiam diri terhadap pertanyaan saya selama sebulan untuk membetulkan saya. Sebagai alternatif, kerajaan Pulau Pinang juga dialu-alukan untuk mendakwa saya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teck Meng berkata, takyat Pulau Pinang sebenarnya sudah mula berasa ada yang tidak kena dengan keadaan ekonomi di negeri itu sejak diperintah DAP.

Justeru, beliau meminta DAP mesti berhenti terlibat dalam pembohongan politik dan propaganda untuk menyembunyikan keadaan ekonomi Pulau Pinang yang sebenar.

Berikut adalah soalan dan jawapan Teck Meng kedudukan ekonomi Pulau Pinang:

Soalan 1:
Untuk seluruh tempoh antara tahun 2008-2015 (bermaksud akhir tahun 2007 hingga akhir tahun 2015), apakah peratusan pertumbuhan terkumpul KDNK per kapita negeri Pulau Pinang dan apakah kedudukan negeri tersebut di kalangan 15 negeri dan wilayah-wilayah Malaysia?

JAWAPAN:
Menurut data yang diberikan oleh YAB Lim sendiri bulan lalu, ia adalah 42..9% dan Pulau Pinang menduduki tempat ketiga paling bawah di kalangan 15.

Soalan 2:
Untuk seluruh tempoh antara tahun 2008-2015 (bermaksud akhir tahun 2007 menjelang akhir tahun 2015), berapakah pertumbuhan KDNK purata bagi Pulau Pinang dan berapakah pertumbuhan KDNK purata bagi Malaysia? Adakah Pulau Pinang mencatatkan prestasi yang lebih buruk atau lebih baik berbanding dengan Malaysia sepanjang tempoh 8 tahun ini?

JAWAPAN:
Pertumbuhan KDNK purata tahunan bagi Pulau Pinang tahun 2008-2015 adalah 4.05% dan lebih kurang berbanding dengan Malaysia yang mencatatkan 4.65%.

Prestasi yang buruk ini seterusnya dapat disahkan apabila anda beranggapan bahawa Pulau Pinang telah menjadi kurang penting kepada Malaysia kerana bahagiannya dalam ekonomi negara telah merosot sebanyak 25.5%.

Bahagian Pulau Pinang dalam ekonomi negara adalah sebanyak 8.83% pada tahun 2007 tetapi di bawah 8 tahun pemerintahan DAP, ia telah menurun kepada 6.57%.

Soalan 3:
Berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh YAB Lim semalam, adakah benar bahawa pada akhir tahun 2007 – hanya dua bulan sebelum DAP mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang pada 8 Mac 2008 – KDNK per kapita untuk Kuala Lumpur adalah RM18,306 lebih daripada Pulau Pinang manakala KDNK per kapita untuk Selangor adalah RM5,022 kurang daripada Pulau Pinang?

Adakah ia juga benar bahawa menjelang akhir 8 tahun Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP, pada akhir tahun 2015 KDNK per kapita Kuala Lumpur telah meningkat kepada RM49,875 lebih daripada Pulau Pinang, manakala KDNK per kapita Selangor telah mengecil lebih daripada separuh kepada hanya RM2,236 kurang daripada Pulau Pinang?

JAWAPAN
Benar dan benar.

Soalan 4:
Berdasarkan angka rasmi Jabatan Statistik Negara yang turut dipetik oleh YAB Lim, anda boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah BN, pertumbuhan KDNK negeri bagi tahun 2006 dan 2007 masing-masing adalah 10.8% dan 6.5% manakala pertumbuhan KDNK bagi tahun 2014 dan 2015 adalah 8% dan 5.5% – bermakna bahawa pertumbuhan KDNK Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun terakhir semasa berada di bawah BN adalah lebih tinggi daripada dua tahun lalu iaitu tahun 2014 dan 2015?

JAWAPAN
Benar. Pertumbuhan KDNK purata negeri itu sejak dua tahun terakhir Kerajaan BN Pulau Pinang adalah lebih tinggi berbanding dengan dua tahun 2014 dan 2015 yang lalu.

Soalan 5:
Dengan menggunakan data yang sama, bolehkah anda juga mengesahkan bahawa pertumbuhan KDNK per kapita negeri Pulau Pinang bagi tahun 2006 dan 2007 masing-masing adalah 10.40% dan 5.93% manakala bagi tahun 2014 dan 2015 ia adalah 9.5% dan 6.5% – bermakna dengan menggunakan dua tempoh tahun tersebut sebagai purata, KDNK negeri per kapita secara purata bagi tahun 2006 dan 2007 adalah lebih tinggi daripada bagi tahun 2014 dan 2015 di bawah DAP?

JAWAPAN
Benar. Pertumbuhan KDNK per kapita purata untuk dua tahun terakhir Kerajaan Pulau Pinang di bawah BN adalah lebih tinggi daripada dua tahun 2014 dan 2015 yang lalu.


Soalan 6:
Dalam artikel Penang Institute anda yang bertarikh 19 Julai 2016 bertajuk “Ekonomi Pulau Pinang: Kadar Pertumbuhan KDNK dan Unjuran Tahun 2016”, adakah anda menyatakan bahawa salah satu sebab utama untuk pertumbuhan yang lebih baik di Pulau Pinang bagi tahun 2015 (dan mungkin 2014) adalah disebabkan oleh nilai “Ringgit Malaysia telah menurun berbanding Dolar Amerika Syarikat. Oleh itu, eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di peringkat global. Dengan ekonomi berorientasi eksport, ia akan memberi manfaat yang lebih kepada Pulau Pinang berbanding dengan Malaysia. ” ?

Jika hal sedemikian berlaku, adakah benar bahawa sementara YAB Lim dan DAP sering mengkritik nilai Ringgit lemah, mereka turut mengambil kredit ke atas pertumbuhan KDNK negeri Pulau Pinang yang lebih tinggi bagi tahun 2015 yang disebabkan oleh nilai Ringgit yang lebih lemah yang turut menjadi kritikan mereka?

JAWAPAN:
Kedua-duanya adalah benar.

Soalan 7:
Berdasarkan akaun rasmi yang diaudit oleh Ketua Audit Negara, berapakah perbelanjaan mengurus Pulau Pinang pada tahun 2008 dan berapakah perbelanjaan mengurus pada tahun 2013, 2014 dan 2015?

JAWAPAN:
Pada tahun 2008 ia adalah RM283 juta dan meningkat kepada RM832 juta pada 2013 dan RM746 juta pada 2014 – atau kira-kira 3 hingga 4 kali lebih tinggi dalam perbelanjaan mengurus.

Ketua Audit Negara masih belum mengumumkan angka bagi tahun 2015 untuk Pulau Pinang. Mungkin Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh berkongsi maklumat ini dengan kami?

Soalan 8
Apakah sumber yang menyumbang kepada hasil pendapatan negeri yang semakin bertambah untuk membiayai peningkatan besar dalam perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Jika sumber pendapatan meningkat adalah disebabkan oleh penjualan aset negeri yang terhad, menjual aset negeri terhad untuk membiayai lonjakan berganda kali ganda dalam perbelanjaan mengurus satu model perniagaan yang mampan?

JAWAPAN:
Sumber hasil pendapatan untuk menampung 3 hingga 4 kali ganda peningkatan dalam perbelanjaan mengurus kerajaan adalah berpunca daripada penjualan tanah negeri terhad dan aset negeri yang besar. Satu contoh pada baru-baru ini ialah penjualan 49% saham Kerajaan Pulau Pinang di Pulau Jerejak pada minggu lepas yang telahpun lama dipegang oleh Kerajaan Negeri.

Tidak. Ini bukan satu model perniagaan yang mampan kerana negeri tersebut akhirnya akan kehabisan tanah dan aset untuk dijual manakala perbelanjaan tahunannya akan kekal tinggi.

Soalan 9
YAB Lim kerap menggunakan angka bagi pelaburan dalam sektor pembuatan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mendakwa bahawa Pulau Pinang menduduki tempat teratas bagi pelaburan pada tahun 2010 dan 2011. Apakah kedudukan Pulau Pinang bagi tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015 berdasarkan sumber yang sama?

JAWAPAN:
Sejak mendapat tempat pertama pada tahun 2011, Pulau Pinang tidak pernah kembali menduduki tempat teratas selepas itu dan hanya menduduki tangga ke-6 pada tahun 2012, ke-4 pada tahun 2013, ke-3 pada tahun 2014 dan ke-5 pada tahun 2015.

Soalan 10
Sejak tahun 2011, YAB Lim terus bercakap dengan penuh keyakinan bahawa dia telah berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% atau pengurangan kira-kira RM655 juta. Adalah pengurangan hutang ini pada tahun 2011 disebabkan lebihan daripada bajet pengurusan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang atau adakah ia disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan mengambil alih aset air negeri Pulau Pinang yang berbilion-bilion ringgit nilainya dan menukar kepada pinjaman tertunggak sebanyak RM655 juta untuk tempoh selama 45 tahun dengan bayaran pajakan tahunan RM14.56 juta setiap tahun – yang sememangnya menunjukkan jumlah hutang yang sama?

JAWAPAN
Ia adalah benar. Ini kerana Kerajaan Persekutuan membantu Pulau Pinang mengurangkan hutang negeri sebanyak 95%. Pengurangan ini tidak disebabkan oleh peningkatan lebihan daripada Pulau Pinang untuk membayar balik hutang.

Soalan 11:
Adakah benar bahawa Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan gaji median terendah sejak 2009 / di kalangan semua 16 negeri dan wilayah?

JAWAPAN
Ya, ia adalah benar bahawa Pulau Pinang menduduki tangga paling bawah dan telah dipintas oleh Johor, Negeri Sembilan dan Labuan.

Soalan 12:
Adakah benar bahawa Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan pendapatan isi rumah median ke-4 paling bawah sejak tahun 2010 di kalangan semua 16 negeri dan wilayah?

JAWAPAN
Ya, ia adalah benar. Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan pendapatan isi rumah median ke-4 paling bawah di kalangan 16 negeri dan wilayah dan telah dipintas oleh Johor dan Melaka. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori