Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Bunuh 3...

SELAYANG - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini...

Wartawan TV Selak Pad...

NEW YORK - Seorang wartawan penyiaran wanita 'merah padam' mukanya apabila kamera tersiar...

Tindakan Shafie Ambil Alih...

KOTA KINABALU - Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar berkata...

Kerajaan Kaji Cadangan Tingkatkan...

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang mengkaji cadangan meningkatkan kadar gaji minimum bagi membantu...

Teguran Ketua Audit Negara Akan Dibawa Kepada PAC

SHAH ALAM – Beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara berhubung aktiviti kawal selia sumber air di Selangor akan dibawa kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata ia bagi membolehkan jawatankuasa itu melihat usaha-usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap setiap kelemahan yang ada.

“Kerajaan negeri memang telah ambil pendirian dari dulu lagi setiap teguran dibuat oleh Ketua Audit Negara akan kita tangani supaya ia tidak berulang dan dapat meningkatkan keefisienan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Majlis Multaqa Guru-Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Selangor 2016 di sini, hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 mendapati beberapa kelemahan menjejaskan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kawal selia sumber air di Selangor, seperti insiden henti tugas loji rawatan air disebabkan sumber air mentah tercemar akibat ammonia, kerja tanah dan tumpahan minyak.

Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor didapati tidak menjalankan kerja-kerja menyukat kadar alir sungai-sungai utama untuk menentukan ketersediaan sumber air sungai pada sesuatu masa tertentu.


Kelemahan berkenaan dikesan dalam pengauditan yang dijalankan di antara Oktober 2015 sehingga Mei 2016. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori