Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Tinjau Pembukaan Sesi...

KUALA LUMPUR - Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Stesen TV Senegal Tersalah...

DAKAR - Sebuah stesen televisyen di Senegal berdepan dengan kontroversi dan siasatan pihak...

Anggap Kerajaan Sebagai Rakan...

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta golongan muda menganggap...

‘Cuci Duit’, RM100,000 Ditemui...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai RM100,000 di...

Terjemahkan Hasil Penyelidikan Menjadi Dasar

PUTRAJAYA – Penyelidik dan penggubal dasar digesa bekerjasama untuk mengenal pasti hasil penyelidikan berasaskan kesihatan penting yang boleh diterjemah menjadi dasar bagi membina sebuah negara sihat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam berkata oleh kerana selama ini penyelidik dan penggubal dasar bekerja secara berasingan, maka penyelidik tidak pernah bertemu dengan penggubal dasar atau menterjemahkan hasil penyelidikan mereka menjadi amalan atau dasar.

“Dari segi prinsip, kita perlu melihat bagaimana kita boleh menggunakan dapatan penyelidikan untuk memandu sesuatu dasar. Jika kita berbuat demikian, kita akan mempunyai dasar yang baik. Dasar perlu berpandukan bukti dan fakta, bukan persepsi.

“Lain orang mempunyai lain persepsi tentang isu yang sama. Tetapi, fakta tidak boleh lari. Jadi, kita mentafsirnya dengan cara yang sama…saya berharap akan wujud gabungan antara penyelidikan dan penggubalan dasar.

“Dapatan penyelidikan akan membolehkan Kementerian Kesihatan membuat keputusan berasaskan bukti untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem penyampaian kesihatan kita supaya ia bersifat lestari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Minggu Penyelidikan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) 2016 selama dua hari yang turut diisi dengan Seminar Saintifik NIH ke-19 di sini, yang bermula hari ini.


Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Shahnaz Murad.

Subramaniam berkata Minggu Penyelidikan yang diadakan itu akan menghimpunkan profesional dan penyelidik dalam bidang kesihatan umum untuk membentangkan dan berkongsi dapatan atau isu kesihatan terkini melalui penyelidikan.

“Ia menjadi platform untuk menyebarkan pengetahuan dan berkongsi serta mengenal pasti hasil penyelidikan berasaskan kesihatan, cara baharu untuk melakukan sesuatu dan menghidangkan maklumat terkini tentang isu semasa,” kata beliau.

Minggu Penyelidikan 2016, yang bertemakan ‘Mentransformasi Sistem Kesihatan Melalui Penyelidikan: Ke Arah Kelestarian’, mempertemukan penggubal dasar, ahli akademik dan pemegang taruh sistem kesihatan untuk mendengar pengalaman yang disampaikan pakar antarabangsa tentang isu berkaitan transformasi sistem kesihatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori