Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Negara Rosak Sejak Mahathir,...

PETALING JAYA - Seorang bekas ahli Parlimen mempersoalkan keadilan menyalahkan 60 tahun pemerintahan...

Tak Tambah Virus Dalam...

Semua sedia maklum, penyanyi dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin kini...

Pengguna LRT, MRT &...

KUALA LUMPUR, – Orang ramai yang berhasrat menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT),...

Bayi Nazak Selepas Ibu...

BARU berusia lapan bulan, namun si kecil Sun Menghan telah menjalani enam pembedahan...

Terlanggar Ketika Selfie, Patung 300 Tahun Hancur

KEGHAIRAHAN seorang pelancong warga Brazil untuk bergambar ‘selfie’ dengan sebuah patung antik berusia 300 tahun berakhir dengan tragedi apabila dia menghancurkan patung berkenaan.

Menurut satu laman berita antarabangsa, pelancong berkenaan secara tidak sengaja melanggar patung itu apabila cuba merakam foto bersamanya dalam kejadian di Muzium Nasional Seni Kuno, Lisbon, Portugal.

Akibat perlanggaran tersebut, patung dikenali sebagai ‘the statue of Saint Michael,’ yang dibuat pada tahun 1700-an hancur di beberapa bahagian.

Terlanggar Ketika Selfie, Patung 300 Tahun Hancur

Foto kerosakan patung yang tak ternilai harganya itu, dimuat naik ke rangkaian sosial Facebook oleh seorang individu, Nuno Miguel Rodrigues yang pada ketika itu turut berada di ruang pameran patung berkenaan.

“Inilah harga yang dibayar untuk kemasukan percuma pada hari Ahad pertama setiap bulan,” tulisnya pada foto yang dimuat naik.


Manakala menurut Timbalan Pengarah muzium itu, Jose Alberto Seabra Carvalho berkata kepada media tempatan, “Sudah bertahun-tahun saya bekerja di muzium dan tidak pernah mengingati kejadian seumpama ini berlaku.”

Malah menurut pakar yang menganalisis kerosakan yang dialami oleh ‘the statue of Saint Michael’ tidak dapat diperbaiki lagi.

Susulan kejadian itu, Pengarah muzium tersebut, Antonio Filipe Pimentel, menegaskan hanya sejumlah 64 orang pengunjung sahaja yang boleh memasuki 84 ruang pameran muzium itu dalam satu-satu masa. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori