Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kastam Cadang AP Bausit...

KUANTAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mencadangkan pengeluaran Permit Kelulusan (AP)...

Gempa Sederhana Berlaku Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di...

Duterte Larang Laman Berita...

MANILA - Presiden Rodrigo Duterte sudah hilang kepercayaan kepada laman berita tempatan, Rappler,...

Di Mana ‘Kem Rafizi’...

SHAH ALAM - Persoalan timbul apabila pemimpin PKR yang dikelompok sebagai 'kem Rafizi'...

Teruja Punya Pasal, 7 Kali Bawa Syatilla Pergi Imbas

DEK kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja bakal bergelar bapa tidak lama lagi, pelakon terkenal Shaheizy Sam mengakui tujuh kali membawa isterinya, Syatilla Melvin yang juga pelakon membuat imbasan kehamilan.

Hero filem Polis Evo ini memberitahu, dia berbuat demikian kerana gembira dapat melihat pergerakan anak sulungnya dalam kandungan.

Shaheizy Sam Terperangkap Dalam Pesawat 7 Jam

“Alhamdulillah usia kandungan isteri mencecah tiga bulan. Sejak mengetahui isteri hamil, saya berasa sangat gembira. Sehinggakan sudah tujuh kali kami membuat imbasan kehamilan.

“Tidak ada sebab tertentu, cuma kami mahu melihat pergerakan bayi. Setiap kali melihatnya, rasa terharu dan bersyukur. Mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kami jadi rasa teruja itu lain macam,” katanya kepada Harian Metro.

Melihat situasi itu juga, Sam memberitahu keluarganya turut menasihatinya agar tidak terlalu teruja atau bersikap berlebihan.


Menurut Sam, usia kandungan Syatilla sudah memasuki tiga bulan dan dia kerap mengalami migrain.

“Saya sentiasa berdoa isteri dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya,” katanya lagi.

Difahamkan, Syatilla dijangka bersalin pada Mei tahun depan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori