LAMAN sosial hari ini dipenuhi dengan gambar sadis beberapa pekerja yang dikatakan dihempap kontena di sebuah terminal kontena di Pulau Pinang.
Perkongsian gambar tersebut susulan berlakunya kemalangan di kawasan Penang Port yang membabitkan lori dan kren, semalam.
Bagaimanapun, netizen memberikan pelbagai andaian dan menyebarkan gambar ngeri di laman sosial.
Pelbagai kapsyen diberikan iaitu kemalangan tersebut telah menyebabkan beberapa nyawa pekerja terkorban kerana dihempap lori dan kontena.
Tidak kurang juga netizen memuat naik gambar tersebut dengan menyatakan yang kejadian berlaku membabitkan sebuah bengkel bas eskpress.
Gambar yang dimuat naik mendedahkan kepala mangsa cedera teruk akibat tersepit pada bahagian lori dan dalam keadaan menakutkan.
Bagaimanapun, Penang Port dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook menafikan perkongsian gambar tersebut dengan kemalangan yang berlaku di kawasan mereka.
Menurutnya, tiada kehilangan nyawa pada insiden yang berlaku dalam kejadian semalam.
“Berhubungan gambar-gambar yang telah diviralkan semalam, Penang Port Sdn. Bhd. mengesahkan bahawa tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan di dalam kemalangan tersebut. Hanyalah kemalangan melibatkan lori dan kren sahaja,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC
*Video dibawah sekadar hiasan.