Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Kritik Kerajaan Pusat...

SHAH ALAM - Kritikan PAS terhadap Kerajaan Persekutuan hanya untuk memastikan negara ditadbir...

Jangkitan Baharu Menurun, 4,854...

KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu...

India Catat 255,874 Kes...

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 39,799,202 pada Selasa, apabila 255,874...

Real Madrid Guna Pesawat...

KELAB bola sepak Sepanyol, Real Madrid akan menghabiskan masa selama 11 hari di...

Tiada Rancangan Buat Masa Ini Bina Jambatan Ketiga

SINGAPURA – Singapura tidak mempunyai sebarang rancangan, buat masa ini, untuk membina jambatan ketiga menghubungkan dengan jirannya Malaysia.

“Buat masa ini kami tidak merancang membina jambatan ketiga.

“Saya ada melihat kenyataan di Malaysia yang mencadangkan pembinaannya, tetapi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) itu adalah satu projek yang amat besar,” kata Perdana Menteri Singpura, Lee Hsien Loong dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, hari ini.

Lee ditanya sama ada dengan adanya HSR itu, jambatan ketiga masih diperlukan ataupun masih berdaya maju.

Terdapat cadangan daripada kumpulan perniagaan yang mahukan hubungan darat ketiga ke Singapura.

Menurut mereka jambatan ketiga ‘bukan lagi satu pilihan’ memandangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Tambak Johor dan jambatan Link Kedua.

Oleh kerana desas-desus mengenai jambatan ketiga telah lama diperkatakan, mereka berharap kedua-dua kerajaan akan berbincang dengan serius mengenai perkara itu.

Mereka berpendapat bahawa dua jambatan yang sedia ada sekarang tidak lagi mampu menampung.

Malahan mereka mencadangkan jambatan ketiga dibina di kawasan Kong Kong di Pasir Gudang, memasuki ke Sembawang di Singapura.


Mereka berkata adalah wajar dari segi ekonomi jambatan itu dibina di kawasan tersebut kerana ia akan merangsang perdagangan antara Malaysia dan Singapura.

Malaysia akan dihubungkan dengan Singapura menerusi projek HSR sejauh 350 kilometer yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada hanya 90 minit sahaja dengan kelajuan kereta api lebih 300 kilometer sejam.

Bagi Singapura, terminal HSR akan terletak di Jurong East manakala Malaysia akan mempunyai tujuh stesen, iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, dan Iskandar Puteri.

Jika semuanya berjalan lancar, kereta api pertama akan mula beroperasi pada 2026, hanya 10 tahun daripada sekarang.

“Saya akan menumpukan semua tenaga saya melaksanakan projek itu (kereta api berkelajuan tinggi) sebelum melancarkan projek besar baharu,” kata Lee.

Lee and Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman bagi HSR pada 19 Julai lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori