Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Keluarga Suharto Diarah Pulang...

Jakarta - Mahkamah Agong Indonesia mengarahkan keluarga bekas Presiden Suharto memulangkan semula dana...

PRU14: Polis Panggil Calon,...

PEKAN - Polis akan memanggil semua calon dan wakil agensi terlibat di daerah...

SPR Nafi Persempadanan Semula...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya...

Pasangan Sumai Isteri Terselamat...

LABUAN - Pasangan suami isteri terselamat dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung...

Tidak Mustahil UMNO Dan PAS Bekerjasama – Annuar

KUALA LUMPUR – “Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan UMNO menerima PAS dan PAS menerima UMNO untuk bekerjasama,” kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada ‘DNA’ sama.

“Politik adalah di atas ‘possibilities’, politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.

“Saya percaya antara parti politik (UMNO dan PAS) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk ‘parallel’ dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.


Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO untuk tujuan itu.

Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

“PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu PartiĀ PribumiĀ BersatuĀ Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori