Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hukuman Mengaibkan Jika Kotori...

MELAKA - Satu paparan 'memalukan' menyiarkan nama, wajah, denda berat dan pesalah perlu...

Shamsul Anuar Sahkan Enam...

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi...

Harga Minyak Dunia Susut...

TOKYO - Harga minyak susut kira-kira 30% dalam dagangan hari ini – paras...

Cubaan Kotor Gagal Pikat...

Cubaan Permainan Kotor Gagal Pikat Ahli Parlimen Cameron Highland

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Pontian

JOHOR BAHRU – Dua remaja lelaki merupakan antara tiga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 9.3 Jalan Simpang Renggam-Benut, Pontian malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Zulfadli Rahman, 17, Muhammad Sharul Idham Md Dewa, 16, dan Abu Hanifah Hassan, 28.

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Pontian

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt. Zakaria Abd Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 8.50 malam apabila kereta Proton Wira yang dipandu Mohamad Zulfadli dari arah Benut ke Simpang Renggam terbabas ke laluan bertentangan akibat terlalu laju.

Mohamad Zulfaldi kemudian melanggar dua kereta lain iaitu Toyota Vios dan juga Proton Wira sebelum keretanya sekali lagi terbabas dan masuk ke dalam parit.

“Mohamad Zulfadli bersama rakannya Muhammad Sharul Idham serta pemandu sebuah lagi kereta Proton Wira Abu Hanifah maut di tempat kejadian.


“Pemandu Toyota Vios yang berusia 45 tahun tidak mengalami kecederaan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata Mohamad Zulfaldi didapati tidak mempunyai lesen memandu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori