Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Saintis Dakwa Cendawan Ditemui...

WASHINGTON - Kenderaan penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity...

Padah Sebut Nenek Rasis:...

GEORGE TOWN - Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan merana! Itulah bidalan...

Kedah Hasrat Tambah RTC...

ALOR SETAR - Kedah berhasrat menambah beberapa lagi Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)...

Pengakuan Bertulis Justo Tunjuk...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan...

TMJ Tak Minat Terajui FAM Kerana Mentaliti Penyokong

KUALA LUMPUR – “Saya tidak berminat untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata Tunku Ismail, baginda juga tidak berminat untuk menjadi penaung FAM selepas melihat mentaliti pendokong dan penyokong sukan bola sepak di negara ini.

“Mentaliti orang-orang bola sepak dan penyokong di Malaysia serta pilihan mereka untuk kekal menafikan kenyataan adalah sebab kenapa saya tidak mahu berada dalam bulatan kegagalan ini,” kata baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu berkata, masalah dalam sukan bola sepak Malaysia kerana orang ramai suka mendengar dan membaca perkara yang ditulis di sebuah laman bola sepak tempatan.

Kata baginda, orang ramai membaca laman bola sepak tersebut tetapi tidak menyedari bahawa laman tersebut dikendalikan oleh individu yang tiada kena mengena dan tidak berkelayakan dalam sukan bola sepak.

Baginda yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, masyarakat lebih suka membaca laman tersebut daripada membaca dan belajar daripada individu atau organisasi bola sepak yang telah berjaya.


“Malangnya di Malaysia, orang ramai masih meminta dan membaca kenyataan daripada ‘yang pernah melaluinya’. Tidak hairanlah tidak ada kemajuan dalam bola sepak kita.

“Ini kerana orang lebih berminat untuk melayan tong yang kosong. Kejahilan adalah kunci kepada kegagalan. Dan itulah apa yang benar-benar berlaku,” kata baginda. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori