Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Beranak Lemas Ketika...

SUNGAI PETANI: Hasrat seorang bapa membantu anak bongsunya memukat udang di laut bertukar...

Lembu Dilapah Hidup-Hidup Untuk...

Jika benar petikan komen Facebook di bawah merujuk pada bangkai lembu yang ditemui...

Hampir 1,000 Orang Memeluk...

SINGAPURA - Bagi yang pernah ke Singapura, mungkin ada mendengar sebuah kumpulan tempatan...

3 Mangsa Kebakaran Pusat...

KUALA LUMPUR ā€“ Tiga pelajar pusat tahfiz di sini yang menerima rawatan di...

TPM Hadiri Dialog Perangi Keganasan Asia-Eropah

SINGAPURA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk menghadiri Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah.

Ketibaan Ahmad Zahid di Hotel Pan Pacific di sini, venue bagi dialog selama dua hari bermula semalam, disambut Ketua Pusat Penyelidikan Keganasan Politik dan Keganasan Antarabangsa (ICPVTR), Dr. Rohan Gunaratna.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri merupakan seorang daripada penceramah utama pada dialog itu dengan beliau akan berkongsi pentas dengan Setiausaha Negara Parlimen di Kementerian Dalam Negeri Jerman, Dr. Gunter Krings MdB.

Mereka akan mengupas topik “Landskap Ancaman Baharu di Asia dan Eropah” dan sesi itu akan dipengerusikan oleh Dr. Rohan Gunaratna.

Dialog itu dianjurkan oleh ICPVTR bersama-sama Regional Programme Political Dialogue Asia and Pacific of Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS).

ICPVTR merupakan pusat pakar di S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Nanyang Technological University, Singapura manakala KAS ialah sebuah yayasan politik, yang mempunyai kaitan rapat dengan Christian Democratic Union of Germany (CDU).


Dalam laman sesawangnya, KAS berkata serangan baru-baru ini di Paris, Jakarta, Brussels dan Lahore adalah tanda peningkatan ancaman keganasan di Eropah dan Asia.

Meskipun gesaan bagi langkah-langkah keselamatan lebih ketat kian meningkat, namun adalah perlu untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dan membendung ekstremisme Daesh menerusi tindakan komprehensif oleh semua pihak berkepentingan termasuk masyarakat Islam sendiri.

Dialog itu akan menganalisis perkembangan terbaru membabitkan ekstremisme dan implikasi keganasan terhadap masyarakat di Asia dan Eropah.

Tumpuan khas akan diberikan terhadap aktiviti berkiatan Daesh di negara masing-masing, saluran berbeza untuk merekrut, reaksi oleh masyarakat Islam setempat dan perkembangan dan respons yang mungkin berlaku di masa depan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori