Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suke Mula Kutip Tol...

PETALING JAYA – Kutipan tol di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke)...

Doktor Temui Ganja Dalam...

MENGEJUTKAN…doktor di sebuah hospital di Mexico menemui sekilo ganja dalam perut dan alat...

Polis Seremban Tumpas Sindiket...

SEREMBAN - Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menumpaskan sindiket...

Mahathir Bawa Siti Hasmah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad memanfaatkan cuti hujung minggu hari...

Trend Nelayan Cuba Tangkap Ikan Guna Kondom

HAVANA – Pelik tetapi benar. Setiap kali tiba musim terbaik untuk memancing ikan di laut, penjualan alat pencegah kehamilan atau kondom melonjak laris di sekitar Cuba.

Namun ia bukan digunakan untuk mengadakan hubungan kelamin tetapi digunakan sebagai alat bantuan bagi memancing ikan dalam kalangan penduduk khasnya nelayan di negara rantau Caribbean itu.

Kaedah unik tersebut dipanggil sebagai ‘balloon fishing’ atau memancing secara belon dan ia sebenarnya cara yang murah tetapi berkesan serta kini menjadi trend kebiasaan kepada warga Cuba sendiri.

Menurut portal berita Oddity Central, idea pelik itu timbul susulan aktiviti memancing dengan kapal atau perahu di Cuba memerlukan permit keizinan daripada pihak pemerintah dan prosesnya agak rumit.

cuba1

Apabila tiba musim, berpuluh-puluh pemancing boleh dilihat melakukan kegiatan ‘balloon fishing’, menggunakan kondom yang sudah ditiup, sebagai apungan untuk membawa tali joran sejauh 270 meter di perairan.

Ia juga akan membantu untuk memastikan umpan tersebut tidak tenggelam malah menyukarkan ikan yang dijerat untuk menarik mata kail bagi melepaskan diri, lapor laman berita tempatan The State.

“Sarung zakar diperbuat daripada getah ini adalah cara paling baik untuk memancing ikan secara selamat,” kata Juan Luis Rosello, seorang pekerja kafeteria yang berusia 47 tahun ketika ditemui pemberita.

Bagi rakyat Cuba, memanfaatkan salah satu sumber terbesar negara itu, iaitu ikan, kekal sebagai satu cabaran, malah menyewa atau membeli sebuah bot dan minyak untuk menggerakkan enjinnya juga mahal.


cuba2

Balloon fishing bahkan sebenarnya jauh lebih murah, kurang berisiko dan semakin popular dalam kalangan penduduk,” menurut seorang pekerja pembinaan tempatan, Leandro Cases kepada The State.

Sebagai pulau ke-17 terbesar di dunia, Cuba yang terletak hanya 150 kilometer dari Florida, Amerika Syarikat itu memang ‘kaya’ dari segi kepelbagaian hidupan marin dan menjadi tarikan kepada pemancing.

Tidak jelas bilakah amalan itu dimulakan, namun menurut nelayan tempatan, idea menggunakan kondom untuk memancing tercetus setelah penciptanya itu secara kebetulan menonton satu rakaman video.

Ia menunjukkan nelayan Afrika Selatan memancing dengan layang-layang. Menerusi cara itu, nelayan dapat tangkap ikan merah, barracuda dan tarpon tanpa perlu menaiki bot ke tengah laut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori