Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Calon BN Terbaik, Lalui...

TUMPAT (Kelantan) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed jelas...

Arahan Pelik Hasut Murid...

ANEH... Netizen tempatan sejak semalam kecoh dengan satu pekeliling oleh Pejabat Pendidikan Daerah...

77 Saman Dalam Op...

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan 77 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai...

Individu Tercicir Nama, Boleh...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN),...

Tugas Menjaga Keselamatan ESSCom Diselaras 3 Agensi

KUALA LUMPUR – Tugas menjaga keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diagihkan kepada tiga agensi yang diselaraskan untuk menjaga keselamatan kawasan itu, kata Komander ESSCom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbabit secara langsung dalam menjaga keselamatan di perairan itu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya tidak timbul timbul isu kononnya ATM hendak mengambil alih tugas menjaga kawasan ESSCom kerana soal menjaga keselamatan perairan itu daripada sebarang ancaman pengganas memang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi.

“Cuma komandernya sahaja di situ kita melihat seorang pegawai polis, ESSCom hanya sebuah sekretariat yang mengkoordinasikan operasi dan menyelaraskan penugasan kawalan keselamatan perairan Sabah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik Persatuan Nelayan di Sabah mendakwa pihak berkuasa ESSCom gagal menjaga keselamatan perairan negeri itu, berikutan beberapa insiden penculikan baru-baru ini.

Laporan itu juga menyebut nelayan di negeri itu meminta TLDM mengambil alih penugasan menjaga perairan keselamatan Sabah.


“Apa yang saya lihat nelayan yang membuat dakwaan sedemikian tidak faham penugasan ESSCom itu apa,” katanya.

ESSCom adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac 2013.

Pembentukannyabagi menjaga kedaulatan dan keselamatan negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari 2013.

Peristiwa Lahad Datu yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala 68 pengganas ditembak mati, merupakan detik hitam dalam sejarah negara yang mengingatkan betapa pentingnya jutaan rakyat Malaysia bersatu mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori