Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa: 2 Mayat Dibawa...

Kota Kinabalu - Dua mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu berjaya dibawa...

PM Dijadual Ke Singapura...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan lawatan ke...

Sheikh Sniper Bunuh Lebih...

BAGHDAD - Seorang penembak hendap 'legenda' yang berjaya membunuh sekurang-kurangnya 320 militan pengganas...

Bomba Hantar Pasukan Hazmat...

Kuching : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan...

Tukang Urut Rakyat Thailand Dijatuhi Hukuman Gantung

ALOR SETAR – Seorang tukang urut wanita warganegara Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap Nutchanad Jongjaroen, 36, berasal dari Sukothai, Thailand.

“Pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah ini berpendapat OKT (orang kena tuduh) bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan,” katanya.

Nutchanad didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat 1,453 gram, di Unit Pemeriksaan Penumpang Bas/Pejalan Kaki, Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam pada 12.40 tengah hari, 23 Julai 2014.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili peguam Ai Cha Ran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori