Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ketahui Khasiat Minuman Barli...

Siapa di antara anda sukakan minuman barli? Cepat angkat tangan! Sama ada barli...

Mangsa Banjir Kemaman Beli...

KEMAMAN - Mangsa banjir di daerah ini, yang membeli Polisi Insurans Kampungku tahun...

Video: Dua Wanita Disamun,...

DUA wanita menghadapi saat mencemaskan apabila diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di hadapan...

Baju Tidur Kini Boleh...

BERITA baik kepada mereka yang malas mandi dan suka tidur. Sebuah syarikat, Lunya...

Tumpas Di Tangan Pelanggan, Perompak Lari Lintang-Pukang

RAKAMAN kamera liter tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat seorang lelaki cuba melakukan rompakan di sebuah stesen minyak di Midland, Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi klip video itu, kejadian tersebut berlaku pada 24 Oktober lalu pada pukul 11.20 malam.

Rakaman berdurasi 3 minit 28 saat itu memaparkan seorang lelaki yang memakai baju sejuk ber-hoody mundar- mandir di perkarangan stesen minyak berkenaan sebelum memasuki kedai serbaneka yang terdapat di situ.

Tumpas Di Tangan Pelanggan, Perompak Lari Lintang-Pukang

Menurut sebuah laman antarabangsa, suspek yang bersenjatakan senapang berlegar-legar di dalam premis berkenaan dan menggeledah beberapa bilik yang terdapat di situ mencari mangsa untuk dijadikan sebagai tahanan.

Malangnya, kedai serbaneka di stesen minyak itu kosong, tidak berpenghuni sehinggalah seorang pelanggan lelaki muncul.

Suspek dilihat menghampiri pelanggan lelaki tersebut yang memakai baju T berwarna hitam dan seluar paras lutut sebelum mengacukan senapang ke arahnya.


Tumpas Di Tangan Pelanggan, Perompak Lari Lintang-Pukang

Bagaimanapun, tindakan perompak itu yang cuba untuk melarikan diri tidak berjaya apabila dihalang oleh pelanggan lelaki berkenaan yang bertindak menerkamnya sehingga tersungkur.

Kedua-dua lelaki berkenaan dilihat bergelut di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu sebelum suspek dirakam lari lintang-pukang oleh CCTV yang berada di luar premis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori