Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Akta Baharu Pekerja Gig...

GUA MUSANG : Akta baharu berkaitan pekerja sektor gig akan dibentang buat kali...

Konvensyen DAP P.Pinang 2015...

GEORGE TOWN - Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 hari ini dicemari oleh...

Qobin Selamat, Terus Semangat...

SYUKUR….. Keadaan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin yang...

Cemburu, Gaduh, Bunuh

IPOH: Cemburu dipercayai mendorong seorang penganggur yang juga Orang Pengawasan Polis (OPP) membunuh...

Tun M Hadir Parlimen Tindakan Terdesak Pembangkang

KUALA LUMPUR – Tindakan Anggota-anggota Parlimen pembangkang menjemput Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen adalah suatu perbuatan terdesak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata tindakan itu tidak lebih daripada satu gimik politik kerana mereka sepatutnya menggunakan Peraturan Mesyuarat sedia ada sekiranya tidak bersetuju dengan sesetengah perkara di dalam Dewan Rakyat.

“Mendiang Anggota Parlimen Bukit Gelugor (Karpal Singh) pernah membawa usul kepada Dewan Rakyat berhubung isu penahanan beliau di Parlimen pada 26 Feb 2009. Usul itu telah diluluskan dan satu Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut.

“Jawatankuasa yang dibentuk itu turut dianggotai oleh Anggota Parlimen BN (Barisan Nasional) dan Pembangkang dengan Lim Kit Siang (ketika itu DAP-Ipoh Timur) juga antara anggotanya. Dewan Rakyat mempunya mekanisme dan prosedur tersendiri untuk mengadili sesuatu perkara itu secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota Parlimen di Parlimen hari ini.


Turut menyertai beliau dalam mesyuarat itu ialah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut, Azalina berkata kehadiran Dr Mahathir tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem Parlimen hari ini.

Sebaliknya beliau menyoal: “Mampukah Reformasi Parlimen yang kita telah laksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini direalisasikan ketika zaman beliau (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri dahulu?”. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori