Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mat Rempit Maut Ketika...

IPOH - Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditunggangnya...

Najib Hos Makan Malam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan jamuan makan malam...

Qari Kelantan, Qariah Perak...

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari...

668 Rakyat Malaysia Tiba...

SHAH ALAM - Seramai 668 rakyat Malaysia dari luar negara tiba di Lapangan...

Ubat Tidak Berdaftar Bernilai RM207,000 Dirampas

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan merampas ubat-ubatan tidak diluluskan dan mengandungi racun berjadual bernilai kira-kira RM207,602 setakat ini pada tahun ini.  Tahun lepas, jumlah yang dirampas bernilai RM152,416.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata rampasan tahun ini dilakukan di farmasi dan pintu masuk ke pulau bebas cukai ini.

Bercakap pada majlis Malam Dialog dan Penghargaan di sini malam tadi, beliau berkata dalam serbuan yang dilakukan sehingga Oktober, jabatan itu mendapati 112 premis menjual ubat-ubatan tanpa lesen.

Pada majlis itu, pengerusi Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) dan warga media dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), New Sabah Times, Radio Televisyen Malaysia (RML Labuan), Sea Hua Daily News, Overseas Chinese Daily News (OCDN), Labuan Times dan Jabatan Penerangan Labuan menerima sijil pengargaan kerana mengetengahkan pelbagai isu berkaitan kesihatan kepada orang ramai

Sementara itu, setakat ini pada tahun ini, Jabatan Kesihatan Labuan merekodkan 216 kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, batuk kering (106), hepatitis B (34), leptospirosis (32), gonorea (14), demam denggi (13), jangkitan HIV (lima), demam kepialu dan demam paratifiod (tiga) serta hepatitis A dan B (masing-masing satu).


“Penularan penyakit berjangkit dapat dikawal di sini hasil daripada kempen pendidikan dan program libat sama yang diadakan secara berterusan.

“Kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa tiada kes keracunan makanan, taun atau anjing gila direkodkan tahun ini, kecuali satu kes malaria tahun lepas,” kata Dr. Ismuni. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori