Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video Lama Sesak Malaysia-Singapura...

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor menafikan video sedang tular berkaitan kesesakan akibat...

18 Anggota Keselamatan Terlibat...

JOHOR BAHRU - Demi bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan, sekumpulan pegawai dan anggota...

Titah Sultan Johor Larang...

NUSAJAYA - Kerajaan negeri akan membincangkan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar...

Kualiti Hidup Masyarakat Orang...

KLUANG - Kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli dilihat semakin meningkat sehingga menyaksikan masyarakat...

UMNO Johor Sedia Bantu Bawa Syzlin Pulang Ke Malaysia

KOTA ISKANDAR – UMNO Johor sedia membantu membawa pulang mangsa keldai dadah Syzlin Hataman yang terkandas di Lima, Peru, sejak tujuh tahun lepas, untuk kembali ke negeri ini, kata Setiausaha Badan Perhubungan negeri Datuk Md Jais Sarday.

Syzlin, 42, dilaporkan pernah meringkuk empat tahun dalam penjara atas kesalahan terlibat dalam sindiket keldai dadah antarabangsa dan kemudiannya mendapatkan perlindungan di sebuah gereja di Peru, yang kini menjadi tempat tinggalnya.

Menurut laporan berita tempatan, wanita anak jati Johor Bahru itu kini menghidap pelbagai penyakit seperti lelah, kencing manis dan bengkak seluruh badan, turut memohon simpati daripada pihak yang sudi membawanya pulang memandangkan dia tidak mampu membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

“Langkah pertama kita akan dapatkan maklumat lanjut berkaitan mangsa ini termasuk menghubungi keluarganya di sini,” kata beliau kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya akan berhubung dengan Wisma Putra serta mendapatkan khidmat nasihat bagaimana untuk membantu Syzlin.


“Bila dengar berita ini, kita kena segera ambil tindakan kerana dia dekat sana susah, tiada saudara mara. Harapan kita agar dapat keluarkan dia secepat mungkin dan bawa dia pulang,” kata Md Jais.

Syzlin yang pernah bekerja sebagai guru taska itu, ditahan di Peru pada Mei 2010 kerana membawa dadah seberat 3.83 kilogram untuk diseludup ke Istanbul, Turki.

Atas kesalahan itu, dia dikenakan hukuman penjara empat tahun dan denda 5,000 soles (RM6,458.69) bagi kesalahan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori