Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

EAS Yang Lebih Kuat...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) kini menyasarkan dialog dan kerjasama...

Alam Flora Kutip 24,000...

PUTRAJAYA - Misi pasca banjir Alam Flora Sdn Bhd di Kelantan dan Pahang...

MB Selangor Akui Tidak...

SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui tidak membuat...

Kementerian Pengangkutan Teliti Laporan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan meneliti laporan interim siasatan MH370 dan mengambil...

UMNO Kedah Sokong Najib, Janji Perkukuh Perpaduan

SUNGAI PETANI – UMNO Kedah hari ini sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bertekad memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat.

Ini demi memastikan Barisan Nasional (BN) terus menguasai negeri dan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia merupakan antara lima ketetapan yang diputuskan dalam Konvensyen UMNO Kedah di sini hari ini.

“Hasil perbahasan hari ini, saya merumuskan lima perkara iaitu pertamanya, muafakat Kedah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri yang juga presiden UMNO.

“Keduanya, setiap daripada kita mesti membantu UMNO bahagian masing-masing untuk memperkukuhkan jentera parti menjelang PRU,” katanya semasa berucap pada penutupan konvensyen itu yang bertemakan ‘Muafakat Kedah Menuju PRU14’, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata UMNO Kedah juga mahu semua anggotanya sama ada di peringkat bahagian atau cawangan mengelakkan daripada terjebak dengan pertelingkahan sesama sendiri.


“Keempat, UMNO Kedah akan terus bersama dan bekerjasama dengan rakan-rakan parti komponen di semua peringkat, sama ada negeri atau bahagian,” katanya.

Beliau berkata ketetapan kelima adalah pada setiap masa, anggota parti mempunyai semangat dan disiplin tinggi untuk membentuk pasukan menghadapi PRU.

Mahdzir berkata UMNO Kedah mahu mencontohi modul PRU 2013 untuk memenangi PRU akan datang, dan bukannya PRU 2008 yang menjadi sejarah hitam parti.

“Konvensyen hari ini juga menetapkan bahawa kita mahu UMNO dan BN terus menjadi kerajaan di Kedah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori